Thursday 28 February 2013

pandanglah ke langit .

Assalamualaikum .

memandang ke arah dinding dengan mata yang terkebil kebil . hanya nampak dinding . kosong . tidak tahu apa yang sedang berlaku di belakang sana . hidup seakan kaku . jiwa menjadi kacau . fikiran hanya menempurung di ruang yang sempit . semuanya menjadi terbatas . tidak bebas . 

memandang ke arah langit dengan mata yang berkelip kelip jarang jarang . nampak biru . nampak awan . nampak pelangi . nampak burung terbang . nampak kapal terbang . nampak layang layang . hidup seakan berlari . jiwa menjadi tenang . fikiran melayang tak berpenghujung . semuanya menjadi sangat luas . bebas . 

subhanallah . terima kasih tuhan . kerana menjadikan langit untuk kami . dari sana kami merasai nikmatnya hujan . dari sana kami melihat indahnya bulan . dari sana kami merenung terangnya bintang . dari sana kami mula membina impian dan harapan . impian dan harapan seluas langit Mu tuhan . 


Allah ! langit Mu sungguh indah ! Allahu akbar .

sekian dengan senyuman :)

Excellence .

12 comments:

MalizaMah said...

Padag ke langit. Boleh buat tenang.... Yeahhh

CikTeddyCorner said...

alhamdulillah =)

Cikgu Jaja™ said...

kalau hati dh sedia tenang..tgk dinding langit ke, dinding ke pintu ke hati akn terus tenang..bezanya kalau tgk ibu bapa dgn penuh kasih syg akn terus terusan tenang plus dpt pahala ^__~

Anonymous said...

alhmdulillah msih brksmptn menziarah d cni ^_^

♥ Nana BamBam ♥ said...

Subhanallah, langit yg indah ciptaanNya tiada bandingnya. :)

Uwais Al-Qarni said...

suka tgk bintang.
tenang je.
follow sni #4841

Diari Si Froggie said...

wasalam.. setuju kalau tengok dinding or kebendaan kita jadi semakin stress.. kalau tengok alam semulajadi langit.. ianya sangat menenangkan.. anugerah Allah :)

Anonymous said...

lame x updet :)

Alif Haris said...

subhanallah :)

Unknown said...

hati rasa sangat tenang bila memandang langit...

Hariyanto Wijoyo said...

semoga impian dan harapan dalam kebaikan dikabulkan ALLAH SWT...salam :-)

Aimacomel said...

hidup tak selalunya indah
langit tak senantiasa cerah
tapi percayalah, keindahan akan terus menyerah
andai kita ikhlas dan terus tabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...