Tuesday, 6 September 2011

KEPUTUSAN TERKINI PIALA MALAYSIA 2011 .


PERLAWANAN PEMBUKAAN 6 SEPTEMBER 2011



Johor 0 - 2 Kedah
(Stadium Tan Sri Hassan Yunos, 8.45 malam)
Sabah 0 - 0 Perak
(Stadium Likas, 8.15 malam)
Sime Darby 0 - 3 Terengganu
(Stadium Selayang, 8.45 malam)
PKNS 1 - 2 Negeri Sembilan
(Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 8.45 malam)
Sarawak 0 - 2 Kelantan
(Stadium Sarawak, Kuching, 4.15 petang)
Johor FC 0 - 2 Felda United
(Stadium JCORP, Pasir Gudang, 8.45 malam)
T-Team 1 - 0 Selangor
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8.45 malam)
PDRM 0 - 3 Kuala Lumpur
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 8.45 malam


SUMBER|SUKAKERETA


sekian...info terkini utk anda  ...majulah sukan utk negara ...assalamualaikum ..


P/S: syabas buat ganu dan titem ...terbaik ! ...Jadikan kemenangan hari ini permulaan utk terus memburu kejuaraan ..GO!!!! TEGHANU NELANG .


Excellence!

Monday, 5 September 2011

Tips menarik untuk mencari calon isteri .

Assalamualaikum ..

hari ni aku nak kongsi tips hebat utk lelaki xberapa hensem termasuk aku...hehe yang sedang mencari cari calon isteri ...cekidap ...selamat mencuba...haha 

Nak Pandai = Cari isteri cikgu... Nak sihat = Cari isteri doktor... Nak kaya = Cari isteri anak tan sri... Nak glamour = Cari isteri artis... Nak cantik= Cari isteri model...Nak gaduh = Cari isteri samseng... Nak sembang = Cari isteri penceramah.... Nak alim = Cari isteri ustazah... Nak gemuk = Cari isteri chef...Nak slim = Cari isteri xpandai masak...Nak selamat = Cari isteri polis... Nak stylo = Cari isteri kaki shopping... NAK MAMPUS = Cari isteri muda yang satu ofis dgn isteri tua.. Ahaks......


Jangan mengharap wanita secantik zulaikha kalau diri xsetampan yusof ...jangan menharap isteri setabah hajar kalau diri xsecekal ibrahim...dan jangan mengharap isteri sebaik khadijah kalau diri xsemurni muhammad ...wanita yang baik hanya utk lelaki yang baik ...namun jodoh dan pertemuan ketentuan Allah ...terima dan redha jika itu yang di takdirkan ....

sekian...kecantikan seorang isteri bukan terletak pada paras rupa tetapi pada budi dan hati yang baik ...


Excellence

Sunday, 4 September 2011

habis puasa hantu bonceng kembali merdeka .

Amacam bro raya panjang ...bestt ...raya sudah habis bro ...semua dah settle kan...puasa sudah...raya pun sudah...dah tu kau kembali lagi buat perangai2 lama tu ke ...kembali mengata orang...kembali ckp xserupa bikin...kembali buat janji tong kosong ...kembali buat benda2 xsenonoh...kembali langgar perintah tuhan...aduh ...harap2 x kau macam tu k...aku pun sama...harap sangat xmacam tu....hurm ...

sebulan ramadhan baru ni ...kau nampak baik je kan...hehe...so terus kekalkan kebaikan itu ...ramadhan adalah bulan mentarbiyah diri...mendidik diri membuang sifat2 buruk dan menjadi insan yang lebih baik ...xde gunanya sebulan je jadi baik bro...lepas tu kembali menjadi hantu...huhu sedih doe ...kalau kita kembali semula kepada segala tabiat2 buruk kita sebelum ni ...itu bermakna kita telah gagal mentarbiyah diri kita pada ramadhan yang lalu ...kalau bukan ramadhan kali sebagai titik utk kita berubah ...bila lagi ...cukup bimbang kalau2 kita xbersempatan lagi utk ramadhan yang seterusnya ....nauzubillah ...

bersama sama lah berubah ke arah yang lebih baik ...semoga ramadhan lalu memberi makna yang besar dalam hidup kita ...semoga Allah mengampunkan dosa2 kita yang lalu ...dosa kita sesama manusia juga moga di ampuankan ...kalau hari raya lalu kita telah bermaaf maafan...jangan ulangi lagi kesalahan yang lalu...maaf jangan hanya di bibir tapi di hati juga ...kita maafkan orang...Allah akan mafkan kita ...insaallah ..

kebaikan yang sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lbh baik daripada kebaikan yang besar tapi jarang sekali kita amalkannya ....renungkanlah ...semua peringatan di atas khas buat diri aku yang mudah alpa ini ...walau syaitan kembali bebas ...kita mesti bebaskan diri daripada godaannya ...Allahualam ....

sekian ...selamat kembali bekerja semua ...jgn malas2 ...assalamualaikum...


P/S: best ke crite hantu bonceng lakonan zizan ngn juliana evan ni ...dengar2 tayangan hari pertama kutipan mengalahkan dark of the moon...hurm...ntah ...aku xtengok lagi ...ade x yang nak blanja aku p tengok....hehe

Excellence..

Wednesday, 31 August 2011

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 54 .

Assalamualaikum ...

Hari ini 31 ogos ...tarikh keramat yang membebaskan negara kita yang tercinta ini drp cengkaman penjajah selama lebih daripada 400 tahun ...sudah 54 tahun usia kemerdekaan ini ...alhamdullilah ...syukur ke hadrat ilahi di atas nikmat kebebasan ini...sebagai anak Malaysia yang merdeka ...aku menyeru agar kita sama sama menghargai dan menghayati erti kemerdekaan ini ...kerana kemerdekaan ini tidak datang dengan mudah ...kalau kita alpa dan lupa ...tidak mustahil nikmat ini boleh hilang sekelip mata ....


Terima kasih kepada pejuang2 bangsa yang telah berkorban keringat, linangan airmata dan titisan darah dalam usaha menuntut kemerdekaan ini ...aku sedar dan insaf bahawa tanah yang sedang aku pijak sekarang adalah hadiah daripada pengorbanan besar kalian ...akan ku kenang dan hargai jasa2 kalian sepanjang zaman...jasa kalian sememangnya tidak dapat di hitung...terima kasih sekali lagi kerana mewariskan aku dan kami sebuah tanah tumpah darah yang merdeka ...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN aku ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia ...semoga negara tercinta ini terus aman ...makmur... dan maju jaya ...ayuh kita terus bersatu hati...berganding bahu dan saling hormat menghormati dalam mempertahankan kemerdekaan ini ...kita mungkin berbeza nama ...warna kulit...dan pegangan ...namun hakikatnya kita berjalan di atas tanah yang sama dan berpayung di bawah langit yang sama ...ini negara kita ...tanah tumpah darah kita ...cintai lah negara kita ini sepenuh jiwa raga ...let say i'm proud to be malaysians so much ....

ingat kawan...hari ini tidak datang begitu saja ...terlalu banyak pahit manis diharungi dalam kita mencorak warnanya ...semoga warna2 hari esok dan hari2 seterusnya lebih cerah dan ceria ...Ya Allah ku mohon agar Kau terus memberikan nikmat kebebasan ini berkekalan buat selamanya ...

sekian...merdeka itu bukan sekadar bebas jiwa dan raga tapi juga bebas hati...minda dan spiritual ...salam kemerdekaan buat semua ...merdeka...merdeka ...merdeka ....

Excellence ...

Friday, 26 August 2011

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum .


Beberapa hari lagi insaallah kita akan menyambut 1 syawal ...hari kemenangan dan hari kebahagiaan ...hari yang penuh kesyukuran setelah kita sama2 mengharungi medan ramadhan  ...semoga ibadah puasa kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah subha taala ...

Sempena hari baik bulan baik ini aku ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada kedua ibu bapa aku...adik beradik...saudara mara ...sahabat handai ...rakan2 blogger dan semua umat islam seluruh dunia ...

Aku juga mengambil kesempatan di sini menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perjalanan hidup aku bersama kalian... ada aku tersalah perbuatan dan terkasar bahasa yang mungkin menguris perasaan kalian...sesungguhnya aku juga manusia biasa yang tentu sekali ada membuat kesilapan di mana2 ...samada sedar ataupun tidak sedar ...bersama sama lah kita bermaaf maafan di hari mulia ini...

Kepada perantau yang pulang ke kampung halaman utk berhari raya ...berhati hati di jalanraya ...memandu lah dgn berhemah dan bertanggungjawab ...ingat orang tersayang...semoga selamat sampai ke destinasi masing2 .

Sambut lah hari raya ini dgn penuh rasa kesyukuran dan keinsafan ...jangan kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang telah pergi...semoga tuhan berikan kita kekuatan baru utk meneruskan hari2 yang mendatang .

akhirkata ...selamat bergembira di hari lebaran ...SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA .

Excellence .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...