Tuesday, 22 May 2012

hidup ini indah ..

Assalamualaikum ...

ketika kau merasa keliru ...alihkan mata mu ke laut ...airnya cantik membiru dan penuh ketenangan...tapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya...

ketika kau merasa kecewa ...pandang lah ke sungai ...airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang ...

ketika kau merasa sedih ...pandanglah ke langit ...kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama mu ...

************************

hanya Allah yang tahu rahsia riang tawa dan tangis hiba kehidupan ini ...hidup mungkin menyedihkan tapi ia tetap sesuatu yang indah ....

sekian ...salam 1 rejab ...

" kita sering melihat pelangi hanya berada di atas kepala orang lain ...sedangkan pelangi itu juga berlegar dia atas kepala kita...cuba kau dongak kepalamu ke atas ...pasti kau akan tersenyum :) " ---ikuh ..

excellence ...

Wednesday, 16 May 2012

selamat hari guru ! kepada semua cikgu saya ...

Assalamualaikum ...


dedikasi kepada hari guru dan guruku tercinta ...



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...



--- usman awang 1979 ---


*********************


selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku termasuk cikgu sekolah memandu aku ...terima kasih kerana membentuk aku menjadi manusia yang tahu menilai erti kehidupan dan kemanusiaan...

selamat hari guru juga kepada semua yang bergelar guru ...semoga bakti yang kalian curahkan akan mendapat keredhaan dan keberkatan di sisi Allah ...jasa kalian tak mungkin di lupakan ...hanya Allah yang mampu membalas pergorbanan kalian ...

" kalau di tanya ...siapa yang antara kamu yang sanggup berkorban untuk kamu walhal dia bukan darah daging kamu ...jawapannya adalah GURU ..." --- mohdhazlan dreadlock ..

guru ibarat lilin ...ketika malam gelap gelita ...dia datang memberi cahaya ...cahaya harapan yang menyuluh jalan untuk mengapai impian ...sekian.

excellence ...

Sunday, 13 May 2012

selamat hari ibu ! istimewa untuk emak saya ...

Assalamualaikum ...

Buatmu ibu ...
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu


Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan


Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


lagu : buatmu ibu ---Aeman 


selamat hari ibu buat emak tersayang ...aku doakan semoga Allah terus memberikan dirimu kekuatan... ketabahan...serta kesabaran dalam menjalani kehidupan ini ...dan semoga Allah redha di atas setiap apa yang telah kau curahkan buat diriku ...

selamat hari ibu juga kepada mereka yang bergelar ibu  di seluruh dunia ...kalian adalah insan paling tabah dan penyayang yang pernah aku kenali ...semoga kalian terus tersenyum seperti matahari :)

" ketika tiada siapa menghiraukan mu ...pergilah kepada ibumu ...dia akan menyapu airmata di pipimu ...dan buat dirimu tersenyum "

sekian ...ibu ! engkau ratu hatiku ..

Excellence ..

Thursday, 10 May 2012

hatikubaik ! hari yang ke 365 ...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ...hari ini berlalu dalam suasana yang cukup indah ...cuaca begitu baik...langit membiru dengan tompok tompok awan berarak tenang ...masa begitu pantas berjalan ...hari berganti hari ...hari ini genap setahun sudah aku berblogging ...syukur tuhan kerana masih memberi aku ruang untuk terus berada di sini walaupun akhir2 ini rutin kehidupan aku sedikit terbeban dengan tanggungjawab2 yang tak dapat aku elakkan...


bagaimanapun hari ini aku mencuri sedikit masa untuk mencoret sesuatu di sini sebagai ucapan terima kasih kepada semua yang selama ini terus memberi sokongan ...dorongan dan tunjuk ajar sepanjang setahun aku berada kat dunia blog ni ...terima kasih kerana menjadi follower ..reader...stalker...komentor...dan rakan2 blogger yang terus berblogwalking kat blog aku ni ..aku sangat hargai kalian ...tanpa sokongan dari kalian tak mungkin aku masih bertahan sampai ke hari ini ...terima kasih sekali lagi ...

ni la rupa header pertama yang aku guna untuk blog hatikubaik ...cun tak ..hehe

aku blogger biasa yang masih belajar dan blog berusia setahun jagung ini tentu sekali banyak kelemahannya ...setiap apa yang aku tulis di dalam blog ini adalah coretan peribadi sebagai peringatan untuk diri sendiri...aku cuba sedaya upaya untuk tidak menulis sesuatu yang menyentuh atau melukai hati sesiapa ...aku sekadar meluahkan sesuatu yang aku rasa ada kebenaran dan kebaikan ...dan aku sangat mengharapkan teguran yang membina untuk aku terus menulis sesuatu yang lebih bermanfaat pada masa akan datang ...tolong beri teguran ikhlas jika aku silap ...supaya aku dapat belajar dan terus belajar...

aku juga hari ini ingin memohon jutaan maaf andai sepanjang aku berada disini ...ada telah menyakiti hati sesiapa ...samada secara langsung atau tak... sengaja atau tak sengaja  ...sedar atau tak sedar...krn aku insaf bahawa aku juga manusia biasa yang tentu ada kesilapan di mana mana ...aku tak pernah dan tak akan sempurna ...tolong maafkan segala kekhilafan ...

Akhir kata ...semoga terus maju jaya kepada semua rakan blogger ...blog kita tanggungjawab dan wajah kita ...semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhaan di sisi Allah ....sekian ...

"Selamat ulang tahun hatikubaik "---ikhlas drp :)  mohdhazlan Dreadlock ..


Excellence .

Sunday, 29 April 2012

akhirnya kau pergi jua ...

Assalamualaikum...

cuba kau beritahu aku ...apa yang kekal di alam fana ini ...jawapannya tiada satu pun ...segalanya datang dan pergi ...ada yang pergi kemudian datang kembali untuk seketika ...namun akhirnya terpaksa pergi juga dan tak kembali lagi untuk selamanya  ...semuanya bakal menjadi kenangan...

begitu juga cinta ...sesuatu yang amat pelik ...kadang kadang ajaib...banyak cinta yang bahagia tapi ada juga situasi cinta yang membuatkan hati kita seperti di hiris hiris bila kita mengenangkannya...ada cinta bahagia yang akhirnya bertukar menjadi cinta derita...ada cinta romantik yang tiba-tiba menjadi cinta plastik ...cinta boleh berpaling arah dan bertukar ganti...ada rasa benci tiba-tiba menjadi cinta...rasa cinta menjadi benci...rasa itu kadang kadang berpusing bergilir ganti...ada juga yang hanya mencintai tapi tak pernah dicintai...berbelit belit ...seperti tali kusut yang semakin cuba di uraikan semakin kusut ...akhirnya menyerut leher sendiri ...aduh ...itu lah mainan perasaan ..persoalan paling kompleks dalam hidup...jika kita tidak dapat mengawalnya dengan cara yang betul ...kita akan tewas ...terus hanyut dan karam...


bagaimanapun jangan terlalu bimbang jika hilang cinta manusia kerana ia memang tidak pernah kekal ...sampai masanya manusia pasti pergi jua ...walaupun bukan saat ini...yakin bahawa jodoh pertemuan itu perancangan yang di atas ...sampai masanya kita tahu bahawa hidup kita telah di atur ...dan aturan itu di rancang oleh Allah dengan perancangan yang sangat baik ...tiada yang lebih baik dari perancangan dan ketentuan Allah ...

percayalah ...cinta itu urusan tuhan...Dia yang menemukan kita dengan seseorang dan Dia juga yang memisahkan kita sebagai dugaan ...semuanya qada' dan kadar ketentuan yang samada suka atau tidak kita mesti menelannya...yakinlah bahawa setiap ketentuan itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya...redha lah kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita ...hanya Dia yang berhak mengurnia kebahagiaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki ...

belajarlah memahami bahawa cinta itu bukan semestinya harus memiliki ...tapi itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk mencintai dan dicintai ...jika sudah tertulis dia milik kita...terpisah jauh di penjuru dunia manapun akhirnya akan bersama juga...dan yang selalu berada di depan mata pun belum tentu milik kita jika takdirnya dia bukan untuk kita ...kita harus redha dan doakan kebahagiaan buat dirinya walau apa ketentuan dari Nya...bukankah cinta itu juga satu pengorbanan...ketahuilah ketika kita senyum mendoakan kebahagiaan untuk dia ketika itu lah malaikat mencatat pahala dan mendoakan kebahagiaan untuk kita juga...

dan hilang kasih sayang manusia tidak lah begitu menakutkan berbanding hilangnya cinta Allah ...cinta manusia datang dan pergi tapi cinta Dia akan kekal abadi hingga ke alam satu lagi ...alam yang selamanya ada...jangan mencintai makhluk lebih daripada mencintai tuhan yang menciptakan cinta...kerana Dia memberikan kita perasaan agar untuk lebih mencintai Dia...semoga Dia terus memberi kita kasih sayang dan belas kasihan ...

Ya Allah ...sekiranya dia bukan Kau ciptakan untuk bersama aku ...aku mohon kau temukan dia dengan seseorang yang jauh lebih baik dari aku ...amin ....sekian selamat malam ...

"ketika kau sayang dia ...dia pergi kepada yang lain...senyum dan berterima kasih lah kepada tuhan kerana membahagiakan dia...semoga pelangi itu selalu berada di atas kepalanya" --ikuh

Excellence ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...