Assalamualaikum .
memandang ke arah dinding dengan mata yang terkebil kebil . hanya nampak dinding . kosong . tidak tahu apa yang sedang berlaku di belakang sana . hidup seakan kaku . jiwa menjadi kacau . fikiran hanya menempurung di ruang yang sempit . semuanya menjadi terbatas . tidak bebas .
memandang ke arah langit dengan mata yang berkelip kelip jarang jarang . nampak biru . nampak awan . nampak pelangi . nampak burung terbang . nampak kapal terbang . nampak layang layang . hidup seakan berlari . jiwa menjadi tenang . fikiran melayang tak berpenghujung . semuanya menjadi sangat luas . bebas .
subhanallah . terima kasih tuhan . kerana menjadikan langit untuk kami . dari sana kami merasai nikmatnya hujan . dari sana kami melihat indahnya bulan . dari sana juga apabila kami merenung terangnya bintang . kami mula membina impian dan harapan . impian dan harapan seluas langit Mu .
Allah ! langit Mu sungguh indah ! Allahu akbar .
sekian dengan senyuman :)
Excellence .

3 comments:
Padag ke langit. Boleh buat tenang.... Yeahhh
alhamdulillah =)
kalau hati dh sedia tenang..tgk dinding langit ke, dinding ke pintu ke hati akn terus tenang..bezanya kalau tgk ibu bapa dgn penuh kasih syg akn terus terusan tenang plus dpt pahala ^__~
Post a Comment