Monday 31 December 2012

2013 . sebuah harapan baru .

Assalamualaikum ..


masa adalah makhluk yang tidak pernah berhenti dan letih untuk berjalan . tidak mampu berpusing balik ke belakang , dia hanya tahu untuk terus mara mara dan mara ke depan . dia berlalu meninggalkan segala yang manis dan pahit di belakang . semuanya bakal menjadi kenangan sementara dia terus berjalan menyelusuri denai kemungkinan masa depan yang penuh dengan ketidakpastian . 

benarlah kata Imam Al Ghazali . hidup ini cuma ada 3 detik . detik yang berlalu yang tak mungkin dapat kamu panggil kembali . detik sekarang yang sedang kamu nikmati . dan detik seterusnya yang belum tentu akan datang . 

biarpun masa berjalan kehidupan mesti di teruskan . anggap semalam sebagai pengalaman dan hari ini sebagai cabaran . jika semalam kita kehilangan atau masih belum mendapat apa yang kita inginkan . ingat lah . bahawa kita masih ada masa depan . dan hari ini kita masih di beri nafas untuk melakukan yang terbaik mengubah segala impian yang tertunda menjadi kenyataan . 

ayuh . mulakan tahun baru , hari baru , hidup baru  dengan langkah baru , harapan baru dan semangat baru . 

selamat tahun baru semua . semoga berjaya untuk 2013 . inshaallah .

sekian drp dreadlock . dengan senyuman :)

excellence .

Thursday 22 November 2012

lebih indah dari bulan ..

Assalamualaikum .



Jabar bin Samwah r.a menceritakan . " aku melihat rasullulah saw pada suatu malam yang terang benderang dgn cahaya bulan . baginda memakai baju berwarna merah . aku menatap baginda dan memandang bulan . sungguh , bagiku baginda lebih indah dari bulan " .

( riwayat Al Tirmizi . Al Darimi . Al Hakim . Al Tabrani . Abu Nur ain )

selawat dan salam keatas baginda rasulullah saw .

salam hari asyura ..

excelence .

Wednesday 24 October 2012

selamat hari raya korban .

Assalamualaikum .

kehidupan adalah sebuah perjalananan . insan yang cemerlang meletakkan dunia di sisi . dan akhirat di hadapan . kejayaan semanis madu memerlukan pergorbanan sepahit hempedu .

selamat hari raya aidil adha kepada seluruh umat islam .


“Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban.” (HR. At Tirmidzi)

sekian . 


excellence .

Sunday 23 September 2012

pelangi masa depan .

Assalamualaikum . 


melepaskan diri dari penjara masa lalu . berlarilah ke arah pelangi masa depan . dan tinggalkan segala yang pahit itu di belakang . 



sedih atau gembira . bergantung kepada sejauh mana kita menghargai setiap kejadian yang sedang kita lalui hari ini . terima kasih tuhan .




i love living life . i am happy .

:)

excellence .

Thursday 16 August 2012

selamat hari raya aidilfitri ..

Assalamualaikum...

saya ingin ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kedua ibubapa saya... keluarga tercinta ..sanak saudara ..sahabat handal rakan taulan dan seluruh umat islam ...semoga bergembira dan ukhwah antara kita semakin terjalin ..


excellence ..

Friday 10 August 2012

Olimpik london ! tahniah wira malaysia ...

Assalamualaikum ...

impian emas pertama olimpik negara hancur apabila sandaran utama Datuk lee chong wei tewas kepada seteru utamanya lin dan dalam aksi final yang penuh bermaruah ...walaupun sekadar meraih perak menyamai pencapaiannya di olimpik beijing empatt tahun lalu ...lee chong wei tetap dianggap sebagai wira negara kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi dan permainan yang cukup menarik ..bagaimanapun beliau terpaksa akur dengan kehebatan pemain no 1 dunia apabila tewas dalam 3 set 21-15 ,10-21 21-19..

apapun syabas dan tahniah buat "mr cool" ..sebagai rakyat malaysia kami tetap berbangga dengan pencapaian anda ...



"chong wei is cool..lin dan is little arrogant..skill win medal .. attitude win heart "---espn commentor .




Pandalela rinong "ratu terjun negara" berjaya mendapatkan pingat gangsa buat negara melalui acara kegemarannya terjun 10 meter papan anjal ...syabas buat anak kelahiran sarawak ini yang berjaya mencatat sebagai atlit wanita negara pertama memenangi pingat di olimpik dan memecah dominasi acara badminton selaku penyumbang pingat dalam temasya olimpik sebelum ini ..


manakala azizul hasni awang " the rocket pocketman" jaguh basikal track kita gagal membawa pulang pingat apabila sekadar menduduki tempat ke 6 dalam final acara keirin...namun pencapaian mara ke final acara tersebut mengambarkan yang beliau berpeluang mara lebih jauh dalam temasya akan datang ..

tahniah juga kepada semua kontijen atlit yang membawa cabaran jalur gemilang di olimpik kali ini ...menang dan kalah adalah lumrah pertandingan ...namun aku percaya anda telah mencuba yang terbaik ...dengan pencapaian 1 perak 1 gangsa kita menyamai pencapaian di olimpik 1996 barcelona...bagi aku kalian tetap wira2 negara...dan aku kagum dengan semangat malaysia boleh kalian ...syabas sekali lagi semua ..semoga kalian terus berjaya pada masa akan datang ...

tahniah ! tahniah ! tahniah ...anda memang terbilang ....

hidup bukan soal siapa menang siapa kalah ..tapi soal siapa lebih berani ...dan orang yang berjaya tidak melihat kekalahan sebagai noktah perjuangan ...tapi pembelajaran untuk memperbaiki kelemahan dan berusaha lebih gigih ...semoga kegagalan semalam menjadi pengalaman untuk mencapai sesuatu yang lebih gemilang ...salam perjuangan !

excellence ..

Monday 30 July 2012

ramadhan kareem ..olimpik dan almond london ...

Assalamualaikum ...

Alhamdullilah ..dalam sedar tak sedar sudah hari ke sepuluh kita berada di bulan ramadhan yang mulia ini ...bulan yang penuh keberkatan..kerahmatan dan pengampunan dari Allah untuk hambaNya yang bertakwa ..


Ramadhan kareem adalah bulan Allah kurniakan kelebihan yang tiada pada bulan lain ...dibukakan pintu syurga seluas luasnya ...di tutup pintu neraka ...di belenggu syaitan durjana ...di hentikan azab kubur...pahala amalan kebaikan digandakan sehingga 700 kali ...bulan di turunkan Al Quran nur kareem ...dan padanya terdapat lailatulqadar yang menyamai 1000 bulan ...dan banyak lagi kelebihan2 lain kerana bulan ini juga adalah bulan ibadah ..bulan kesabaran...bulan tarbiyah dan muhasabah diri ..dan bulan kemenangan ...

bersamalah kita memperbanyakkan amalan sempena ramadhan al mubarak kali ini yang mana Allah masih lagi memberi kita kesempatan untuk merasa dan berada di dalamnya ...semoga Allah memberi kita kejayaan dan kebahagiaan ...amin ..

********

ketika kita melalui keindahan ramdhan tahun ini ...sedang berlangsung juga temasya sukan terbesar dunia ...olimpik london 2012 ...

selamat berjuang kepada olimpians kita yang sedang berjuang untuk mengharumkan nama negara di sana ... semoga mereka dapat melakukan yang terbaik dan menempa kejayaan yang gemilang...

goodluck untuk azizul hasni ...fatehah mustaffa ...chong wei ...pandalela dan rakan rakan !

"musuh sebenar bukanlah lawan ketika pertarungan tapi diri sendiri yang terdetik padanya rasa ingin berputus asa ...lets fighting " - dreadlock .

********


almond london ...biskut raya kegemaran aku ..hehe ...

kerana dah lama aku tak update blog ...rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada keluarga...rakan2 walau di mana kalian berada dan kepada umat islam seluruh dunia ...

akhirkata ...kepada mereka yang sedang Allah uji kesakitan semoga Allah berikan kesembuhan dan penawar...kepada yang sedang di rundum kesedihan semoga Allah berikan kegembiraan ...dan kepada yang sedang Allah berikan dugaan dugaan semoga Allah berikan juga jalan keluar dan pertolongan ...banyakkan doa...sesungguhnya Allah tidak akan menolak doa orang2 yang berpuasa...sekian ...

Excellence ..

Wednesday 11 July 2012

rindukan bintang ...

Assalamualaikum ...

baru sebulan ...rasa macam lama je tak bukak blog ...bukan aku merajuk ke hapa ...tapi sekarang...ada sesuatu lain yang lebih penting yang perlu aku dahulukan ...ingin rasanya aku nak kembali menulis macam dulu dulu ..berharap dengan sangat agar masa ini kembali seperti dulu ...tapi ...arggghhhh ...terus berdoa ...


hidup tak selamanya berada pada titik yang sama ...ia terus bergerak ...bergerak ...dan bergerak ...dan penghujungnya adalah MATI ...dan sebelum masa ini terhenti lakukan sesuatu yang membuat dirimu dan orang lain tersenyum ..:)

Dan esok ...belum tahu nasib aku bagaimana ...semoga Allah permudahkan segala urusan ...

tolong doakan aku wahai semua makhluk tuhan ...selamat malam bintang...Adios ..

Excellence ..


Thursday 14 June 2012

Ayah ..

Assalamualaikum ...


Ayah ...

siapakah lelaki itu yang akan membuatkan kau ketawa ketika kau rasa sedih dan mahu menangis ...jawapannya adalah ayah ...

siapakah lelaki itu yang mengusap ngusap rambutmu ketika kau rasa gelisah risau dan gementar...dia adalah ayah ...

siapakah lelaki itu yang selalu berada di sisimu ketika kau rasa keseorangan dan kesepian ...dia seorang ayah ...

siapakah lelaki itu yang tetap membimbing dan mempertahankan mu ketika kau rasa bersalah dan tersilap langkah...lelaki itu adalah ayah ...

siapakah lelaki itu yang masih memeluk tubuhmu ketika kau rasa terbuang dan dipinggirkan...tentu sekali ayah ...

siapakah lelaki itu yang sentiasa memberi harapan ketika kau rasa lemah dan berputus asa ...siapa lagi kalau bukan ayah ...

siapakah lelaki itu yang sanggup korbankan seluruh hidupnya demi untuk melihat kau mencapai semua impian dalam hidup mu ...dan kalau di tanya seribu kali pun ...tiada jawapan lain yang mampu kau berikan selain "ayah" ...

ayah ! i love u so much . forever ...

selamat hari bapa !

excellence ...

Monday 11 June 2012

benih yang baik ...

Assalamualaikum ...


benih yang baik ...


dicampak ke tanah menjadi emas ...
dicampak ke laut menjadi mutiara ...
dicampak ke pasir menjadi berlian ...
dicampak ke awan menjadi hujan ...
dicampak ke langit menjadi bintang ...


campaklah ia ke penjuru manapun... akan tumbuh menjadi sesuatu yang berguna ...


****************

jika aku di tanya " apakah itu benih yang baik ? jawabnya " ia adalah ilmu yang baik...ilmu yang memberi manfaat kepada diriku dan juga kepada mereka2 di sekeliling ku ...ilmu itu bukan saja memberi kebaikan kepadaku di dunia tapi lebih utama dia membantuku di akhirat ...Allahualam ...

" sesunguhnya hati manusia itu mati ...kecuali mereka yang berilmu ...sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena ..kecuali mereka yang beramal ...dan sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu... kecuali mereka yang ikhlas " -- imam Al Ghazali .

Excellence ...

Tuesday 5 June 2012

euro 2012 ! aku pilih jerman ...

Assalamualaikum ..


sekali lagi kaki bola seluruh dunia akan di hangatkan oleh kejohanan bola sepak terbesar selepas piala dunia iaitu kejohanan bolasepak piala eropah ataupun euro ...kejohanan ini diadakan setiap 4 tahun dan menghimpunkan 16 pasukan terbaik benua eropah....untuk edisi 2012  euro kali ini akan berlangsung di ukraine dan poland bermula pada 9 hb jun... 


dan aku seperti biasa samada piala dunia atau euro tetap memilih pasukan jerman ...bagi aku jerman memiliki kekuatan dan gaya permainan bolasepak tersendiri ...dan antara pasukan yang digeruni dan pasukan pilihan untuk bergelar juara dalam mana2 kejuaraan ...memegang status juara euro sebanyak 2 kali pada edisi 1974 dan edisi 1996 sejak euro di perkenalkan pada 1960 membuktikan bahawa jerman  bukanlah sebuah pasukan yang boleh di pandang mudah ...pada euro edisi kali ini pasukan jerman hadir dengan barisan mantap di ketuai philip lahm selain bintang2 hebat seperti lukas podoski ...mesut ozil...thomas muller...schweinsteiger ...sami kheidera... mario gomez ...dan miroslav klose ..

selepas hanya menjadi naib juara pada edisi 2008 austria-switzerland...pastinya jerman pada tahun ini tidak mahu pulang dengan tangan kosong walaupun undian telah meletakan jerman dalam kumpulan B yang dianggap sebagai kumpulan maut bersama portugal...denmark dan belanda ...

GO ! deutchland ...u the best ..

bolasepak bukan sekadar sukan tapi ruang untuk melebarkan jaringan semangat setiakawan ...apapun bola-bola jugak ...solat jangan lupa ...sekian ...

Excellence ...

Tuesday 22 May 2012

hidup ini indah ..

Assalamualaikum ...

ketika kau merasa keliru ...alihkan mata mu ke laut ...airnya cantik membiru dan penuh ketenangan...tapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya...

ketika kau merasa kecewa ...pandang lah ke sungai ...airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang ...

ketika kau merasa sedih ...pandanglah ke langit ...kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama mu ...

************************

hanya Allah yang tahu rahsia riang tawa dan tangis hiba kehidupan ini ...hidup mungkin menyedihkan tapi ia tetap sesuatu yang indah ....

sekian ...salam 1 rejab ...

" kita sering melihat pelangi hanya berada di atas kepala orang lain ...sedangkan pelangi itu juga berlegar dia atas kepala kita...cuba kau dongak kepalamu ke atas ...pasti kau akan tersenyum :) " ---ikuh ..

excellence ...

Wednesday 16 May 2012

selamat hari guru ! kepada semua cikgu saya ...

Assalamualaikum ...


dedikasi kepada hari guru dan guruku tercinta ...



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...



--- usman awang 1979 ---


*********************


selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku termasuk cikgu sekolah memandu aku ...terima kasih kerana membentuk aku menjadi manusia yang tahu menilai erti kehidupan dan kemanusiaan...

selamat hari guru juga kepada semua yang bergelar guru ...semoga bakti yang kalian curahkan akan mendapat keredhaan dan keberkatan di sisi Allah ...jasa kalian tak mungkin di lupakan ...hanya Allah yang mampu membalas pergorbanan kalian ...

" kalau di tanya ...siapa yang antara kamu yang sanggup berkorban untuk kamu walhal dia bukan darah daging kamu ...jawapannya adalah GURU ..." --- mohdhazlan dreadlock ..

guru ibarat lilin ...ketika malam gelap gelita ...dia datang memberi cahaya ...cahaya harapan yang menyuluh jalan untuk mengapai impian ...sekian.

excellence ...

Sunday 13 May 2012

selamat hari ibu ! istimewa untuk emak saya ...

Assalamualaikum ...

Buatmu ibu ...
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu


Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan


Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


lagu : buatmu ibu ---Aeman 


selamat hari ibu buat emak tersayang ...aku doakan semoga Allah terus memberikan dirimu kekuatan... ketabahan...serta kesabaran dalam menjalani kehidupan ini ...dan semoga Allah redha di atas setiap apa yang telah kau curahkan buat diriku ...

selamat hari ibu juga kepada mereka yang bergelar ibu  di seluruh dunia ...kalian adalah insan paling tabah dan penyayang yang pernah aku kenali ...semoga kalian terus tersenyum seperti matahari :)

" ketika tiada siapa menghiraukan mu ...pergilah kepada ibumu ...dia akan menyapu airmata di pipimu ...dan buat dirimu tersenyum "

sekian ...ibu ! engkau ratu hatiku ..

Excellence ..

Thursday 10 May 2012

hatikubaik ! hari yang ke 365 ...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ...hari ini berlalu dalam suasana yang cukup indah ...cuaca begitu baik...langit membiru dengan tompok tompok awan berarak tenang ...masa begitu pantas berjalan ...hari berganti hari ...hari ini genap setahun sudah aku berblogging ...syukur tuhan kerana masih memberi aku ruang untuk terus berada di sini walaupun akhir2 ini rutin kehidupan aku sedikit terbeban dengan tanggungjawab2 yang tak dapat aku elakkan...


bagaimanapun hari ini aku mencuri sedikit masa untuk mencoret sesuatu di sini sebagai ucapan terima kasih kepada semua yang selama ini terus memberi sokongan ...dorongan dan tunjuk ajar sepanjang setahun aku berada kat dunia blog ni ...terima kasih kerana menjadi follower ..reader...stalker...komentor...dan rakan2 blogger yang terus berblogwalking kat blog aku ni ..aku sangat hargai kalian ...tanpa sokongan dari kalian tak mungkin aku masih bertahan sampai ke hari ini ...terima kasih sekali lagi ...

ni la rupa header pertama yang aku guna untuk blog hatikubaik ...cun tak ..hehe

aku blogger biasa yang masih belajar dan blog berusia setahun jagung ini tentu sekali banyak kelemahannya ...setiap apa yang aku tulis di dalam blog ini adalah coretan peribadi sebagai peringatan untuk diri sendiri...aku cuba sedaya upaya untuk tidak menulis sesuatu yang menyentuh atau melukai hati sesiapa ...aku sekadar meluahkan sesuatu yang aku rasa ada kebenaran dan kebaikan ...dan aku sangat mengharapkan teguran yang membina untuk aku terus menulis sesuatu yang lebih bermanfaat pada masa akan datang ...tolong beri teguran ikhlas jika aku silap ...supaya aku dapat belajar dan terus belajar...

aku juga hari ini ingin memohon jutaan maaf andai sepanjang aku berada disini ...ada telah menyakiti hati sesiapa ...samada secara langsung atau tak... sengaja atau tak sengaja  ...sedar atau tak sedar...krn aku insaf bahawa aku juga manusia biasa yang tentu ada kesilapan di mana mana ...aku tak pernah dan tak akan sempurna ...tolong maafkan segala kekhilafan ...

Akhir kata ...semoga terus maju jaya kepada semua rakan blogger ...blog kita tanggungjawab dan wajah kita ...semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhaan di sisi Allah ....sekian ...

"Selamat ulang tahun hatikubaik "---ikhlas drp :)  mohdhazlan Dreadlock ..


Excellence .

Sunday 29 April 2012

akhirnya kau pergi jua ...

Assalamualaikum...

cuba kau beritahu aku ...apa yang kekal di alam fana ini ...jawapannya tiada satu pun ...segalanya datang dan pergi ...ada yang pergi kemudian datang kembali untuk seketika ...namun akhirnya terpaksa pergi juga dan tak kembali lagi untuk selamanya  ...semuanya bakal menjadi kenangan...

begitu juga cinta ...sesuatu yang amat pelik ...kadang kadang ajaib...banyak cinta yang bahagia tapi ada juga situasi cinta yang membuatkan hati kita seperti di hiris hiris bila kita mengenangkannya...ada cinta bahagia yang akhirnya bertukar menjadi cinta derita...ada cinta romantik yang tiba-tiba menjadi cinta plastik ...cinta boleh berpaling arah dan bertukar ganti...ada rasa benci tiba-tiba menjadi cinta...rasa cinta menjadi benci...rasa itu kadang kadang berpusing bergilir ganti...ada juga yang hanya mencintai tapi tak pernah dicintai...berbelit belit ...seperti tali kusut yang semakin cuba di uraikan semakin kusut ...akhirnya menyerut leher sendiri ...aduh ...itu lah mainan perasaan ..persoalan paling kompleks dalam hidup...jika kita tidak dapat mengawalnya dengan cara yang betul ...kita akan tewas ...terus hanyut dan karam...


bagaimanapun jangan terlalu bimbang jika hilang cinta manusia kerana ia memang tidak pernah kekal ...sampai masanya manusia pasti pergi jua ...walaupun bukan saat ini...yakin bahawa jodoh pertemuan itu perancangan yang di atas ...sampai masanya kita tahu bahawa hidup kita telah di atur ...dan aturan itu di rancang oleh Allah dengan perancangan yang sangat baik ...tiada yang lebih baik dari perancangan dan ketentuan Allah ...

percayalah ...cinta itu urusan tuhan...Dia yang menemukan kita dengan seseorang dan Dia juga yang memisahkan kita sebagai dugaan ...semuanya qada' dan kadar ketentuan yang samada suka atau tidak kita mesti menelannya...yakinlah bahawa setiap ketentuan itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya...redha lah kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita ...hanya Dia yang berhak mengurnia kebahagiaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki ...

belajarlah memahami bahawa cinta itu bukan semestinya harus memiliki ...tapi itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk mencintai dan dicintai ...jika sudah tertulis dia milik kita...terpisah jauh di penjuru dunia manapun akhirnya akan bersama juga...dan yang selalu berada di depan mata pun belum tentu milik kita jika takdirnya dia bukan untuk kita ...kita harus redha dan doakan kebahagiaan buat dirinya walau apa ketentuan dari Nya...bukankah cinta itu juga satu pengorbanan...ketahuilah ketika kita senyum mendoakan kebahagiaan untuk dia ketika itu lah malaikat mencatat pahala dan mendoakan kebahagiaan untuk kita juga...

dan hilang kasih sayang manusia tidak lah begitu menakutkan berbanding hilangnya cinta Allah ...cinta manusia datang dan pergi tapi cinta Dia akan kekal abadi hingga ke alam satu lagi ...alam yang selamanya ada...jangan mencintai makhluk lebih daripada mencintai tuhan yang menciptakan cinta...kerana Dia memberikan kita perasaan agar untuk lebih mencintai Dia...semoga Dia terus memberi kita kasih sayang dan belas kasihan ...

Ya Allah ...sekiranya dia bukan Kau ciptakan untuk bersama aku ...aku mohon kau temukan dia dengan seseorang yang jauh lebih baik dari aku ...amin ....sekian selamat malam ...

"ketika kau sayang dia ...dia pergi kepada yang lain...senyum dan berterima kasih lah kepada tuhan kerana membahagiakan dia...semoga pelangi itu selalu berada di atas kepalanya" --ikuh

Excellence ...

Wednesday 25 April 2012

Dia terus memberi ...Alhamdulillah !

Assalamualaikum ...

manusia selalu menyangka permintaan mereka tidak dimakbulkan...padahal ia telah di makbulkan melebihi apa yang dia minta...tidak pernah kurang walau pun sedikit....

tidak ada sesuatu apapun yang mampu menjadi batas atau benteng kiranya tuhan mengizinkan ...jangan risau sedih atau berputus asa...jika Dia hendak memberi tiada apa pun dapat menghalang ...namun jika Dia menghalang tiada apa pun yang dapat memberi ...Dia adalah ar rahman yang sangat mendengar setiap permintaan ...

Jika Dia tidak memberi hari ini bukan bermakna Dia tidak memberi untuk hari hari mendatang ...kadang kadang sengaja Dia tangguhkan setiap permintaan itu buat sementara waktu untuk menguji kesabaran dan keimanan ...kadang kadang Dia gantikan permintaan itu dengan sesuatu yang lain yang lebih baik ...kadang kadang Dia memberi sesuatu yang kita perlu bukan yang kita mahu ...kerana apa yang kita perlu jauh lebih penting dari apa yang kita mahu ...Dia lebih mengetahui apa yang kita inginkan ...


manusia selalunya tidak pernah merasa puas dengan setiap apa yang diberikan ...semakin banyak mereka di beri semakin banyak yang dia mahu ...mereka akan terus meminta dan terus meminta...mereka menangis dan merayu sebelum memperolehinya ...yang sedihnya bila mereka sudah di beri dengan begitu banyak...hanya sedikit antara mereka yang bersyukur dan menghargai...setiap pemberian juga adalah ujian untuk melihat keikhlasan dan sejauh mana mereka yang menerima pemberian itu bersyukur ...kalau sesama manusia pun mereka jarang berterima kasih ..apa lagi untuk berterima kasih kepada tuhan Nya ...semoga Allah redha dengan setiap apa yang di kurniakan kepada kita ...

sebenarnya samada sedar atau tidak terlalu banyak yang sedang kita miliki telah di beri tanpa perlu kita meminta ...Dia tetap dan masih juga memberi kerana Dia adalah tuhan yang maha pemurah ...betapa Dia sayangkan kita...bersyukur lah dengan setiap pemberian kerana ada mereka yang tidak dapat apa yang kita dapat ...mereka-mereka yang bertakwa itu adalah mereka-mereka yang bersyukur ...

semoga kita menjadi hamba yang bertakwa dan tergolong dalam golongan mereka-mereka yang di redhai . Alhamdulillah dengan setiap kurnian ...

setiap apa yang kita mohon bukan Allah tidak memberi tapi Dia belum makbulkan ...berdoalah kerana doa adalah senjata orang orang mukmim....sekian Allahualam ...

Excellence ..


Saturday 7 April 2012

bayang bayang semalam ...

Assalamualaikum...

melalui hari hari dengan terus memikirkan masa silam yang penuh luka adalah amat memeritkan ...dia seperti hantu yang sangat menakutkan ...dia selalu berada di belakang mengekori ke mana saja kita pergi ...lari lah ke pelusuk dunia mana pun...wajah buruknya masih ada...dan dia menunggu masa untuk menerkam kita supaya jatuh sekali lagi ...

soalnya sampai bila kita mesti terus melayan nostalgia itu ...bukan kita tidak tahu bahawa dunia ini sekadar tempat yang segala galanya adalah sementara ...tiada milik kita yang abadi...sampai masa segalanya akan di pulangkan kepada Dia...namun manusia tetap manusia ...hanya tahu mengenang sesuatu yang telah pergi...tapi tidak tahu menghargai apa yang sedang berada di depan mata ...


memang sedih bila kita hilang sesuatu yang kita sayang...namun percayalah bahawa apa yang kita hilang itu ada penggantinya ...mungkin setara ataupun lebih baik ...cuma masa tiba tidak tahu bila ...itu kita serahkan pada Nya ...Dia yang mengatur segalanya ...kita usaha kemudian berdoa dan terus berdoa...jangan berhenti ...masa itu pasti akan tiba ...

lupakan kesedihan semalam kerana kaki ini perlu melangkah untuk melihat matahari esok ...

sekian ..

---> tuhan ...tidak banyak yang aku mintak ...tolong berikan aku kegembiraan dan berikan juga kegembiraan kepada orang yang aku sayang ...biarpun ketika ini dia mungkin tidak lagi menyayangi diriku... :)

Excellence ...

Tuesday 3 April 2012

no woman no cry ...

Assalamualaikum ..



semua orang buat silap ...bukan hak aku untuk menghukum ...aku bukan tuhan ...


sekian..


Excellence ..



Friday 30 March 2012

Earth Hour ! Jom matikan lampu ...

Assalamualaikum...

selamat malam dunia ...kempen Earth Hour datang lagi sempena sambutan Hari Bumi ...kempen ini berjalan di seluruh dunia yang mana bandaraya2 utama akan mematikan lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan kepada kempen selamatkan alam sekitar dan kesedaran mengenai isu pemanasan global ...kempen ini berlangsung pada 31 mac 2012 bermula 8.30 malam ...


Bumi juga makhluk Allah yang bernafas seperti kita ...dia hidup dan sedang memerhati apa yang sedang kita buat ke atasnya...ketika kita melakukan bermacam macam perkara yang merosakkan jasad serta menyakiti hatinya ...dia hanya mampu menahan kesakitan itu...kalaulah dia boleh berkata kata agaknya dia akan mengeluh '' wahai manusia ...aku rasa terhina kau di jadikan dari aku sedangkan kau yang paling banyak membuat kerosakan di atas ku...mungkin kau lupa yang satu hari kau akan ku telan ke dalam perut ku "...

kita bukan mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita...tetapi kita sekadar meminjamnya daripada anak cucu kita...bersamalah kita menjaga bumi yang kita pinjam ini kerana dia bukan milik kita sepenuhnya...hargailah bumi ini untuk masa depan yang lebih baik...berterima kasih lah kepada tuhan yang mencipta bumi ini sebagai tempat kita menumpang hidup ...jangan dan berhenti melakukan sesuatu yang menyebabkan dia tidak selamat lagi untuk di diami oleh generasi kita akan datang ...

sayangi Bumi kita ...jom matikan lampu selama satu jam ...sekian ...

Excellence ..

Wednesday 21 March 2012

from Terengganu with love part 2

Assalamualaikum...

sambung balik entri pasal terengganu ni ...kalau part 1..aku dah tunjuk gambar masjid2 cantik senibinanya kat negeri aku...kali ni aku nak bawak korang ronda ronda sekitar Kuala Terengganu ...apa yang istimewa sangat ada kat bandaraya warisan pesisir air ni ...korang kalau datang terengganu...lokasi2 menarik ni wajib kena singgah...kalau tak singgah  sini memang tak sah dan rugi ...hehehe...nak tahu kat mana ..jom tengok ...cekidap ...


Taman Tamadun Islam ...kat pulau wan man ...kat sini lah terletak masjid kristal dan replika masjid2 cantik dari seluruh dunia ...sebuah taman tema berkonsepkan islamik ...

muzium negeri losong ...antara muzium tertua di malaysia ...nak tengok artifak2 sejarah dan batu bersurat boleh la datang sini ...

Bukit Puteri ...sini kubu pertahanan zaman dulu2 ...ada meriam ..loceng besar...pemandangan dari atas bukit ni memang menarik...bertentangan dengan muara sungai terengganu..

Pantai Batu Buruk ...datang sini menikmati angin petang  dan angin malam sambil makan ikan celup tepung...sini sentiasa ramai orang lepak2 ...malam minggu lagi la happening ...

Dataran Shahbandar ...taman sini cantik kalau nak duduk lepak2 ...dataran ada kat depan taman mengadap laut...selalu kalau event2 macam jom heboh ke ...big jam ke...sua rasa ke...dorang buat kat sini la...

Pulau Warisan ...sini pusat kesenian dan kebudayaan ...terletak belakang china town...cantik jgk sini ..kalau malam penuh lampu berwarni warni macam i city...ramai jugak orang lepak sini sambil mancing...bertentangan dgn Pulau Duyung ...nak tengok Monsun Cup pun boleh dari sini...

Pasar Besar Kedai Payang ...dah habis pusing2 nak beli ole2 dari terengganu boleh datang sini ...macam2 ada .batik ...kraftangan ...kerepok lekor ...semua ada ...

Bazaar Warisan ...yang ni tempat baru utk shopping2 barangan terengganu ...terletak di hadapan pasar payang je ...habis pusing2 kat kedai payang pusing2 la kat sini pulak...boleh la beli apa yang berkenan sebagai kenang kenangan untuk di bawa pulang....

*****************
kat atas aku tunjuk sebahagian dari lokasi2 yang korang mesti singgah kalau datang Kuala Terengganu...banyak lagi sebenarnya lokasi lain...kalau ada kesempatan korang boleh pergi kat masjid terapung kat kuala ibai ...pulau duyung kalau nak tengok orang buat kapal ...pusat kraftangan kat chendering...galeri noor arfa batik ...water front kat pulau kambing...pantai tok jembal kat gong badak...dan lain lain....

k lah aku berenti sini dulu ...ada masa aku sambung lagi cerita menarik tentang negeri aku ...tunggu part seterusnya ...sekurangnya korang tahu serba sedikit kat mana nak pergi kalau datang sini...kepada yang belum datang ...jemputlah berkunjung ..kepada yang sudah datang...silalah datang lagi...err dah macam pemandu pelancong pulak aku rasa...hehehe ...

sekian ...terengganu ...negeri cantik ...budaya menarik ...orang baik ...senyum sokmo deh :)

---> tanah tumpah darah ku ...biar buruk di mata mereka ...namun tetap menawan di  hati ku...terengganu darul iman ...

Excellence ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...