Friday, 10 August 2012

Olimpik london ! tahniah wira malaysia ...

Assalamualaikum ...

impian emas pertama olimpik negara hancur apabila sandaran utama Datuk lee chong wei tewas kepada seteru utamanya lin dan dalam aksi final yang penuh bermaruah ...walaupun sekadar meraih perak menyamai pencapaiannya di olimpik beijing empatt tahun lalu ...lee chong wei tetap dianggap sebagai wira negara kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi dan permainan yang cukup menarik ..bagaimanapun beliau terpaksa akur dengan kehebatan pemain no 1 dunia apabila tewas dalam 3 set 21-15 ,10-21 21-19..

apapun syabas dan tahniah buat "mr cool" ..sebagai rakyat malaysia kami tetap berbangga dengan pencapaian anda ...



"chong wei is cool..lin dan is little arrogant..skill win medal .. attitude win heart "---espn commentor .




Pandalela rinong "ratu terjun negara" berjaya mendapatkan pingat gangsa buat negara melalui acara kegemarannya terjun 10 meter papan anjal ...syabas buat anak kelahiran sarawak ini yang berjaya mencatat sebagai atlit wanita negara pertama memenangi pingat di olimpik dan memecah dominasi acara badminton selaku penyumbang pingat dalam temasya olimpik sebelum ini ..


manakala azizul hasni awang " the rocket pocketman" jaguh basikal track kita gagal membawa pulang pingat apabila sekadar menduduki tempat ke 6 dalam final acara keirin...namun pencapaian mara ke final acara tersebut mengambarkan yang beliau berpeluang mara lebih jauh dalam temasya akan datang ..

tahniah juga kepada semua kontijen atlit yang membawa cabaran jalur gemilang di olimpik kali ini ...menang dan kalah adalah lumrah pertandingan ...namun aku percaya anda telah mencuba yang terbaik ...dengan pencapaian 1 perak 1 gangsa kita menyamai pencapaian di olimpik 1996 barcelona...bagi aku kalian tetap wira2 negara...dan aku kagum dengan semangat malaysia boleh kalian ...syabas sekali lagi semua ..semoga kalian terus berjaya pada masa akan datang ...

tahniah ! tahniah ! tahniah ...anda memang terbilang ....

hidup bukan soal siapa menang siapa kalah ..tapi soal siapa lebih berani ...dan orang yang berjaya tidak melihat kekalahan sebagai noktah perjuangan ...tapi pembelajaran untuk memperbaiki kelemahan dan berusaha lebih gigih ...semoga kegagalan semalam menjadi pengalaman untuk mencapai sesuatu yang lebih gemilang ...salam perjuangan !

excellence ..

6 comments:

yong propaghandi said...

adat pertandingan...kadang-kadang takde rezeki..nak buat macam mana dah kan?

Iefa Ujang said...

kegagalan hari ni adalah untuk kemenangan esok . insyaAllah . . . :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

the pocket roket man ada harapan 2016.

PotiaCasaDelarossa said...

Syabas Malaysia...

Kazen said...

polo GBS cini ,,,kasi up laa template cun2 ckit blog keh3 :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

tak per, azizul muda lagi. boleh pergi lagi dan usaha lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...