Thursday 29 December 2011

Selamat tinggal 2011 Selamat datang 2012 .

Assalamualaikum ...

hanya 2 hari lagi tinggal utk 2011 melabuhkan tirainya ...selepas itu angka akan bertambah satu lagi menjadi 2012 ...begitu pantas kan masa berjalan ...ia seperti membunuh kita dalam diam ...dan kita semakin hampir dengan kematian ...


2011 meninggalkan seribu kenangan ...semua tercatit pahit manis dan suka duka kehidupan ...dan ia kekal sebagai kenangan apabila masa terus berjalan ...ia tak akan kembali walau seinci ke belakang ...ada kenangan sedih dan manis ...namun bagi aku semuanya adalah kenangan manis ...walaupun ada terselit kepahitan ...ada sesuatu yang sangat menekan perasaan sehingga membebankan akal...aku anggap itu sebagai lumrah dan pengalaman berguna dalam perjalanan merentasi kehidupan pendek ini...untuk apa aku mesti mengenang sesuatu yang pahit ...sedangkan kaki perlu juga melangkah ke depan ...suka atau tidak aku  terpaksa mengakui hakikat bahawa hidup ini memang ada ketidaksempurnaannya ...dan aku harus berusaha semakin belajar dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik...

kata syaidina umar al khatab r.a ...orang yang celaka adalah mereka yang hari ini lebih teruk dari semalam ...dan esok lebih teruk dari hari ini ....

2012 kau bakal menjelang ...aku mengharapkan ada harapan baru ...harapan yang lebih baik ...namun masa depan tetap masa depan ...ia hanya harapan dan impian ...aku merancang untuk nya namun perancangan itu ketentuannya hanya Allah yang tahu ...aku hanya mampu berdoa pada Mu tuhan agar jadikan aku manusia yang lebih baik daripada sebelumnya ...berikan aku kesihatan yang baik...berikan aku kesempatan untuk terus belajar dan belajar ...andai aku di uji Kau berikan aku kekuatan untuk menghadapinya ...andai aku jatuh kau berikan aku daya untuk aku bangun ...andai aku menangis Kau berikan juga aku senyuman...tanpa pertolongan dari Mu aku tidak memiliki sedikit pun kekuatan ...hanya pada Mu aku berserah dan meminta pertolongan ...

akhir kalam di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua mereka2 yang selama ini sudi berjalan bersama aku dalam susah dan senang ...semoga kalian terus dirahmati dan azam korang akan di makbulkan Allah ...di mata aku kalian adalah yang terbaik ...

sekian ...apabila kita berazam ..maka bertawakal lah kepada Allah ...

Excellence ..





Wednesday 14 December 2011

maharaja lawak mega versi pak pandir .

Assalamualaikum ...

Santai petang...

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya dan sangat berhati-hati berjalan. Takut terpijak tahi. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.



Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia
berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK!! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

ha3...err ...hurm ..




p/s : manusia bodoh tidak pernah mahu mengakui kebodohan dirinya ...tapi dia akan selalu menampakkan kebodohannya ... tiada sesiapa pun yang di lahirkan bodoh kecuali mereka memilih untuk menjadi bodoh ...dan sebenarnya manusia yang bodoh adalah mereka yang tidak pernah mahu dan cuba untuk belajar ...BELAJAR SEPANJANG PERJALANAN HIDUP ...


sumber : cerita tu aku ambik kat wall FB Terengganu FA ...


#ado malam - osbon ....


Excellence .

Saturday 10 December 2011

sang rembulan gerhana lagi .

Assalamualaikum ...

dongak ke langit mengintai bulan ...kau gerhana lagi wahai bulan ...indahnya kau malam ini ...walau wajahmu di bayangi awan gelap ...kau tetap kelihatan cantik dan menawan ...kau memang makhluk tuhan yang dikurniakan keindahan utk kami nikmatinya ...


lihatlah bagaimana Allah menunjukkan kebesarannya ...di jadikan bulan bukan sekadar utk menerangi malam...melengkapi pusingan waktu ...tetapi juga utk kita menikmati keindahannya ...subhanallah ...

tidaklah Allah menciptakan sesuatu kejadian itu melainkan untuk hambanya berfikir tentang kebesaran dan keagungan Nya serta mengucapkan syukur kepada Nya ...Allahu akbar ..

Alhamdullilah ...syukur masih diberikan kesempatan melihat kecantikan alam ciptaan Mu ...sesungguhnya Kau tuhan yang esa ...yang maha mengetahui akan segalanya...tuhan yang tidak mati dan kekal selama lamanya ...tuhan pencipta makhluk dan pemilik alam semesta ...dan tiada tuhan melainkan Allah ...

sekian ...saksikan lah kebesaran penciptamu wahai insan dan sujudlah  ...

p/s : malam ini bulan gerhana lagi buat kali kedua utk tahun ini ...kali pertama pada 16 jun yang lalu ...



Excellence ..


Thursday 8 December 2011

Ombak Rindu membadai pantai hati rakyat Malaysia...

Assalamualaikum ...

Ombak Rindu ...sebuah filem arahan osman ali yang telah di garap ke layar perak daripada novel popular karya novelis fauziah asaari...filem cereka drama romantik ni sekali lagi mencetuskan fenomena di kalangan peminat filem tanahair apabila mendapat sambutan luar jangkaan dan di katakan sudah mengutip lebih daripada rm 4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan ...di barisi oleh pelakon hebat seperti eron aziz maya karin dan lisa surihani filem ini memang nampak mantap ...


skrg ni sibuk semua duk sembang pasal ni...kalau makcik2 kat kampung pun dah mula buat status kat fesbuk...twiter...blog...pasal ombak rindu ni kira hebat lah kan...hehe...aku x tahu cerita ni best ke tak ...aku x tengok pun lagi ...so aku xleh nak bagi berapa bintang...kepada sesape yang telah nonton...korang nilai lah sendiri ...err ...

nak tahu lbh lanjut pasal cite ni klik sini

bila ombak rindu membadai pantai hati ...maka pasir jiwa berkejaran kerana keriangan ...indahnya perasaan kurniaan tuhan kan...itu di kurniakan agar kita sentiasa mengukir senyuman ...senyum semua ...peace !

sekian ...sekadar review ...selamat malam blogger ..

Excellence .

Friday 2 December 2011

mereka yang sering kita lupakan .

Dalam kesibukan kita mengejar dunia yang semakin pantas bergerak ...ada sesuatu yang kita tertinggal dan sengaja ditinggalkan....

Ketika kita berbangga dengan kejayaan demi kejayaan...berada di kemuncak kerjaya...memiliki anak-anak yang comel... isteri yang cantik dan rumah yang besar serta wang berjuta juta di bank...ada dua orang insan yang sering kita lupakan...kita terlupa ataupun sengaja kita melupakan...

Mereka adalah ibu dan ayah kita...

Sudahkah kita mencium dan mengucup dahi kedua-duanya hari ini...sebagai tanda bersyukur kerana mereka menjadi penyambung untuk kita berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini?


mak ...ayah ...maafkan diriku jika aku tidak menjadi seperti mana yang kau harapkan ...jika aku gagal menjadi anak terbaik buat dirimu...namun ketahui lah bahawa engkau adalah insan paling berharga dalam hidupku ...terima kasih kerana engkau begitu baik terhadap ku selama ini...jasa kedua mu tak akan dapat ku balas hingga ke hujung nafasku ....

ya Allah ...Kau ampunkan dosa kedua ibu dan ayahku dan Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil ...amin ya rabba alamin ...

tidak ada ibu dan ayah yang sempurna ...namun mereka mencuba untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anaknya ...dan mereka tidak pernah merungut ketika Allah amanahkan kita kepada mereka ...

sekian ...sayangilah ibu dan ayah kita ...Assalamualaikum ...

excellence...



Friday 25 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H .

Assalamualaikum...

Alhamdullilah ...sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 1432 hijri ...dan jika di izinkan Allah kita akan melangkah ke tahun baru hijriah pada hari ahad  27 november 2011 bersamaan 1 muharam tahun 1433 hijrah ...

Pada tarikh tersebut seluruh umat islam akan menyambut awal muharam ataupun maal hijrah sempena memperingati peristiwa penting dalam kalendar islam iaitu tarikh nabi besar kita Muhammad SAW berhijrah dari kota mekah ke madinah pada 1433 tahun yang lalu ...peristiwa bersejarah yang membuka lebaran baru dalam penyebaran syiar islam...tarikh bermulanya proses penyebaran dan berkembangnya agama Allah ke serata pelusuk alam ....agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam dan isinya ...Allahu rabbi ...

Daripada peristiwa tersebut kita di ajar bagaimana pentingnya membuat perubahan dalam hidup...menurut kefahaman aku hijrah itu bermaksud keluar mencari jalan utk mengubah sesuatu keadaan...perbuatan...ataupun pemikiran daripada tidak baik kepada baik...dan daripada baik kepada lebih baik...dan kita di tuntut utk melakukan perubahan dalam apa apa bidang sekalipun dalam kehidupan ini selari dgn kehendak islam ...tuntutan agar kita menjadi manusia yang sentiasa patuh pada perintah Allah dan rasulnya ....

Bersama sama kita mengukuhkan ukhwah dalam menghadapi dunia yang begitu mencabar hari ini ...hanya dgn semangat bersatu hati di kalangan ummah yang mampu menyelamatkan kita daripada cabaran tersebut...kerana Allah tidak akan memandang golongan yang berpecah belah ...dan berpeganglah kita pada tali Allah...satu syahadah ...

'Persefahaman asas perpaduan ummah' ...indah tema sambutan maal hijrah tahun ni ...permulaan sebuah perjuangan adalah pergorbanan ...dan pergorbanan paling besar adalah melakukan sesuatu yang kita tidak suka tetapi harus di lakukan untuk mencari kebahagiaan dunia dan akhirat...walaupun bukan utk kita tapi sekurangnya untuk sauadara dan orang yang kita sayang ...berhijrah lah ...bukan sekadar perbuatan tetapi juga pemikiran ...Allahualam ...

sekian ...Salam Maaf Hijrah untuk semua umat islam ....semoga kita terus di rahmati Allah utk menempuhi hari hari mendatang ...amin ya rabbi alamin ....


Excellence ...

Monday 21 November 2011

Sukan SEA 26 : Sang Garuda patah sayap di baham Harimau Muda di sarang sendiri .

Stadium Gelora Bung Karno - Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam acara bolasepak di temasya sukan SEA ke 26 Jakarta apabila skuad Harimau Muda bimbingan Ong kim Swee menewaskan tuan rumah Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar perlawanan...kedudukan ini sekaligus mempertahankn pingat emas yang telah kita menangi di Laos 2 tahun lalu ...



Kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia adalah kuasa unggul bolasepak di rantau Asia Tenggara ...Malaysia yang tampil kali ini sebagai juara bertahan muncul sebagai Juara kumpulan A selepas seri dengan singapura 0-0... menewaskan Thailand 2-1 ...membelasah Kemboja 4-1 dan menang ke atas tuan rumah Indonesia 1-0 ...dan di peringkat separuh akhir Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 ...

Tahniah dan Syabas Malaysia kerana mempertahankan emas 'the mother of medal' ini...semoga kejayaan ini berterusan dan memartabatkan bolasepak kita di pentas antarabangsa....

Tahniah juga kepada seluruh Team Malaysia yang telah berjaya mengutip 59 pingat emas di temasya sukan SEA kali ini ....

Kejayaan ini tidak datang dgn mudah  ...namun mempertahankannya lebih sukar dan berliku ....jadikan kejayaan sebagai inspirasi bukannya utk berbangga diri ....

Hidup Malaysia ...tanah tumpah darahku ...Malaysia BOLEH !!!

sekian ...majulah sukan untuk negara ...Assalamualaikum ...salam hormat .

Excellence .

Friday 11 November 2011

Jangan bersedih ...sesungguhnya Allah bersama kita .

Assalamualaikum ...

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri kita di sini ...merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan ....

kita kadangkala lupa bahawa Allah itu sentiasa ada untuk kita ...Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sesasat ...hanya Dia tempat kita bergantung harapan dan meminta pertolongan ...

aku cukup tersentuh hati menonton video ini ...motivasi diri daripada Dr.Asri Zainul abidin  ...menceritakan bagaimana  untuk menerobos sempadan diri dalam mencari sakinah dan keredhaan Allah subha taala ketika kita melalui segala ranjau dan liku liku hidup...

mari lah kita menghayati intipati video ini dan semoga kita sama sama beroleh manfaat dan hidayah drp Allah taala ...


Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang ...dia tidak boleh di tahan oleh apa apa tangan sekalipun ...dan jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang...dia tidak boleh di hulur oleh apa apa tangan sekalipun...

sekian ...berhenti bersedih ...kerana pertolongan Allah pasti akan datang  kepada mereka yang sentiasa menyeru namaNYa...

Excellence ...

Wednesday 9 November 2011

bila kita sayang dia .



Bila kita syg dia...
Kita tunggu dia lama pun x pe..
Tapi bila dia tunggu kita...dia marah2...muncung2...
hati kata xpe... lenkali kita cuba dtg awal....

Bila kita syg dia...
Kite x tido pun x pe layan dia tengah bosan ...
Tapi bila kita bosan...dia buat x endah je ...
hati kata x pe lah... dia bizi r tu kot ...

Bila kita syg dia...
Kita gaduh ngan dia...kita diam je...
Tapi dia hebohkn 1 dunia...
hati kata x pe...dia tension r tu...

Bila kita syg dia...
Kita kol nak ckp ngan dia...
Tapi dia bagi phone kat kawan dia...
dah bosan agaknya dgr sore kita ...
hati kata x pe...lyn je lah,kwn dia,kwn kite jugak...

Bila kita syg dia...
Kita b’cerita dgn dia mcm cite ngan
tunggul je kn...
Tp bila dia bercerita ngan kita???
Kita dgr,sepatah2 ...kita kena ingat satu2...
klu x ingat kita mesti kena marah...
hati kata x pe ...syg la katakn…kita ikut je ...

Bila kita syg dia ...
dia kata dia lapar...
kite bagi sume roti kita kat dia...wlpun kita pun lapar  juga...
hati kata xpe...siannya dia...

Bila kita syg dia...
Kite sanggup bg dia rest bile dia letih...
Tapi bila kita letih,dia srh jugak kita lyn dia bila dia bosan...
hati kata xpe...ala bukan selalu pun...

Bila kita syg dia,
Kita jadi cam org giler bila dengar dia sakit...
bila kita sakit...
Dia siap kuar ngan kwn2 dia ..xdtg pun melawat kita....
hati kata xpe...x kn dia nak berkepit ngan kita je 24 jam...

Bila kita syg dia...
Kita x pnh pntingkan diri sndri...
Tapi dia hipokrit tahap gaban..
hati kata x pe la ...dah dia mmg cm2 kena lah trima...

Bila kita syg dia...
Kita takut nk tngglkn dia slama2nya...
dia x tahu kita b’dpn dgn maut,
kita bagitahu kita sakit,..dia kata kat kita,...sakit bese2 je tu,jgn nk mngarut...
hati kata,cmnelah dia bila kita dah x de....msti dia hepi...

Bila kita syg dia..,
Kita x sanggup tengok dia derita...

Tapi dia x prnh hargai diri kita,...
hati kata, tau x betapa kita syg kan dia????

Bila kita syg dia...
Kita snggup tingglkn dia selama2nya untuk dia bahagia...
dia tahu ke pengorbanan kita??
hati kata x pe ...janji dia bahagia...

Dan sampai masa...

bila tuhan lebih sayangkn kita...
kita pergi tingglkan dia buat selama2nya...
Dia dtg ziarah pusara kita...
Dia menangis dan mintak maaf ...

Dia mintak maaf sebab pernah mngata kite...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tnggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bosan...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan hati kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kite klprn sbb dia...
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kita...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan skt kita...
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tngk penderitaan kite...

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT....BAGAIMANA PUN KITA NAK DIA TAHU YANG KITA DAH LAMA MAAFKAN DIA ...SEBAB KITA MEMANG SAYANG DIA ...


**********

sayangi orang yang kita sayang sepenuhnya ketika masih di beri masa...kerana Allah juga menyayangi diri mereka lebih banyak daripada  kita berikan ....hargai mereka ...namun kasih sayang yang hakiki hanya milik Allah ...jangan kita mencintai makhluk melebihi daripada mencintai DIA yang telah mencipta kita... sekian terima kasih ...Assalamualaikum...salam sayang semua ...

Excellence ...



Thursday 3 November 2011

SALAM AIDILADHA 1432H .

Assalamualaikum ...

Insaallah pada hari ahad 10 zulhijah ni seluruh umat islam akan menyambut aidil adha ataupun hari raya korban atau pun hari raya haji...hari kebesaran bagi mengenangkan pengorbanan hamba kepada penciptanya iaitu Allah subha taala ...tiada tuhan melainkan Dia ...tuhan sekelian alam ...maha pemberi dan maha pemurah ...

merenung kembali pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail ...peristiwa yang mengajar kita bahawa pengorbanan dan kepatuhan kepada Allah melebihi segala segala nya ...dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali ...bersyukurlah dgn nikmat hidup sementara yang di pinjamkan ini ......


Kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada kedua ibu bapa aku ...saudara mara famili aku ...sahabat2 handai ...rakan sekerja ...kawan2 blogger ...dan teristimewa kepada semua muslimin muslimat di Malaysia dan yang berada di serata dunia ...

Tidak lupa juga kepada jemaah2 haji yang ketika ini sedang menunaikan rukun islam ke 5 di kota suci Mekah...semoga mendapat keberkatan dan haji mabrur hendaknya ....salam aidil adha ....

P/S : pengorbanan adalah kita seikhlas hati melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan ...kita gembira melihat orang lain tersenyum dan ketawa walaupun pada hakikatnya mungkin kita yang menangis ....

Excellence ...

Monday 31 October 2011

3000 Follower : Terima Kasih daun keladi .

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..


Hari ini genap 5 bulan 21 hari usia blog mentah aku ni...Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan izinNya aku masih lagi dapat berkongsi rasa di ruang maya ini ...dapat berkongsi hitam putih kehidupan ...dapat berkongsi pentas cyber yang tiada penghujung ...

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada semua follower2...readers ...blogwalkers...stalkers...komentor2...member2 blogger...dan seluruh bloggers kat alam maya ni yang terus menerus tanpa henti datang support blog aku ni dari hari pertama aku berblogging hingga lah ke saat ini...terima kasih bebanyak di atas sokongan korang selama ini ...korang memang best dan sporting...aku doa kan semoga korang semua terus sukses dalam apa jua pun yang korang lakukan...aku sayang korang beb ...serius dari hati ...

aku dedikasikan juga entri ni buat follower aku yang ke 3000 ...blogger yang mengelarkan diri beliau sebagai PEJUANG CINTA ...Blog beliau CERITA SI PEJUANG CINTA ' Bukan Sekadar Cerita Cinta' bagi aku simple dan menarik ...Thanks bro follow blog aku ...semoga blog ko terus maju jaya hendaknya ..........

Akhir kata ...beribu maaf andainya ada yang terguris hati kiranya berlaku khilaf samada aku sedar atau pun tidak sepanjang aku berada kat dunia blog ni ....aku manusia biasa ...tentu saja makhluk yang mudah melakukan kesilapan ...sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah ...dan setiap yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri ...Allahualam ...

sekian terima kasih ...salam blogger semua ...

Excellence .

Saturday 29 October 2011

Penyu Laut China Selatan menangis lagi .

Assalamualaikum ...

Stadium Shah Alam - ..impian ' The Turtles warriors' Terengganu utk menjulang Piala Malaysia buat kali ke 2 berkecai apabila tumpas 2-1 kpd N Sembilan dalam aksi final yang begitu dramatik dan mendebarkan...walaupun berjaya mendahului saingan melalui jaringan Ashaari Shamsudin ...dan kejuaraan seakan akan berpihak kpd Terengganu ...kesilapan keeper sarbini Alawe dan jaringan cantik Hairudin Omar di lewat permainan telah memadamkan harapan tersebut .

Apapun Tahniah kepada 'hobin jang hobin '...Tahniah juga kepada seluruh team Terengganu ...walaupun tewas ...kami rakyat Terengganu tetap berbangga dgn pencapaian Terengganu musim ini...sebagai JUARA FA...N Juara liga Super ...dan beraksi di pentas final Piala Malaysia ...


Perjuangan tidak akan berakhir di sini ...berhenti bersedih...lupakan kekalahan hari ini ...belajar dari kesilapan...dan terus mencuba di masa mendatang...Goodluck !

Penyu laut china selatan ...anda tewas di mata mereka ...tapi tetap menang di hati kami ! 

Semarak Darul Iman ...sokongan sepanjang zaman ...Ganu Nelang...peteh ganu peteh ...!!!

Excellence ...

Monday 24 October 2011

berkahwin bukan untuk satu hari .

Assalamualaikum...

sebelum tido tadi aku godek godek belek FB ...terjumpa lak kat wall member aku dia post skrip ayat suami isteri berkomunikasi bila perkahwinan dah berusia beribu ribu ribu hari..hehe  tarikh kahwin pun dah mula buat2 lupa agaknya....sepatutnya makin lama kahwin makin bertambah sayang la kan...biar manis selalu macam hari pertama...hurm...senyum sorang2 bila aku baca...lawak tapi bermesej penuh makna ...so aku nak share kat sini ...kepada yang telah dan akan berkahwin ambik iktibar ye ...kadang2 ada gak realitinya...hehehe...jom sama2 kita renung renungkan...


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!Balas 


SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELEFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-kali pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker ....asyik tengok tv jer ..


hurm ....


P/S : Perkahwinan bukan utk sehari ...seminggu...sebulan...setahun...6 tahun...20 tahun ...tapi untuk SEPANJANG HAYAT .....sayangi isteri atau suami anda setulus hati!!!! jadilah seorang suami mithali dan isteri solehah ...semoga jodoh di dunia kekal ke akhirat hendaknya...amin...

Excellence .

Saturday 22 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Terengganu kuburkan misi 33 Selangor .

Assalamualaikum ..


Terengganu melangkah ke final Piala malaysia tahun ini selepas menewaskan Selangor 2-1 dalam saingan kedua peringkat separuh akhir di Kuala Terengganu utk menjadikan kedudukan agregat 4-1 ...3 gol daripada manaf mamat dan 1 gol drp ashaari Shamsudin meranapkan terus impian Selangor utk merangkul piala berprestij itu utk kali ke 33 ...TAHNIAH Terengganu !

sementara harapan utk mencatat sejarah menemukan pasukan adik dan abang di pentas final tidak kesampaian apabila T Team gagal mengekang kehebatan N sembilan di Paroi ...N sembilan mara ke final  dengan agregat 6-3 ke atas T Team...

Perlawanan Akhir nanti di Bukit Jalil pasti menarik apabila menemukan JUARA 2001 Terengganu dan JUARA 2009 N Sembilan ...

P/S :  Terengganu adalah pasukan "underdog" kepada N Sembilan pada final nanti ...tapi Terengganu adalah pasukan JUARA ..hehehe

PETEH GANU PETEH ! ...PENYU NELANG WEH ..........GO!!!!!

Excellence ...


Tuesday 18 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Penyu Nelang gigit Gergasi Merah di Shah Alam .

Assalamualaikum ..


Pertarungan sengit memang sdh di jangka sebelum wisel bermula menjelangnya perlawanan separuh akhir pertama antara Terengganu dan Juara 32 kali piala Malaysia selangor "red giant " ...bagaimanapun selangor gagal manfaatkan beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 2-0 hasil jaringan manaf mamat...perlawanan ke dua akan berlangsung di Kuala Terengganu hujung minggu ini ...

sementara di kuala terengganu ..."penyu muda" T Team tewas 2-4 kepada skuad rusa ...perjalanan berliku menanti mereka apabila berkunjung ke paroi nanti ...

bagaimanapun masih ada 90 minit lagi utk di harungi bagi mengesahkan tempat beraksi di bukit jalil bagi merebut Piala paling berprestij bolasepak malaysia .....semua pasukan masih berpeluang layak ke final...

Tahniah Terengganu ...dan ayuh bangkit semula T Team ...laksanakan misi utk beraksi di Bukit Jalil ....teruskan perjuangan .........

JUARA adalah mereka yang mempunyai impian besar dan mereka konsisten mengejar impian besar tersebut tanpa mudah menyerah kalah...

GANU NELANG !!!

Excellence .

Friday 14 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Terengganu dan T Team mara ke separuh akhir .

Assalamualaikum .


Terengganu membuktikan bahawa mereka adalah jaguh pantai timur apabila mengenepikan Kelantan dalam perebutan tempat ke separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia musim ini ...skuad The Turtle mara dengan agregat 5-3 ...setelah mengikat keputusan seri 2-2 dgn Juara bertahan Piala Malayasia "The Red Warriors" di kota baru sebentar tadi dlm aksi perlawanan suku akhir pusingan kedua...


manakala T Team... satu lagi pasukan berstatus kelab dari Terengganu yang di beri jolokan "The young Turtles" turut mara selepas menumpaskan Sabah 2-0 di Kuala Terengganu ...menjadikan agregat 4-1 .

Syabas di ucapkan kepada kedua dua pasukan dari Terengganu ini...semoga rentak kemenangan ini berterusan hendaknya...kerana matlamat kita untuk berada di pentas final ...selamat berjuang berhabis habisan kerana lawan selepas ini adalah musuh yang lebih hebat ....

kepada pasukan yang tewas ...bola itu bulat ...lumrah pertandingan...ada kalah dan menang...anda bukan tidak hebat ...tapi anda kalah kepada yang lebih hebat ...teruskn usaha dan cuba lagi ...

P/S : utk perlawanan peringkat semi final ....kami adalah pasukan "underdog" kepada Selangor dan N sembilan ...tapi kami adalah pasukan JUARA ...hehehe ...peteh ganu peteh ...


mood :  gua cayang  sama lu ketat2 lah bro ashaari shamsudin ...muahahha


keputusan lain : selangor 1 perak 0 (4-1) dan N sembilan 3 Felda United 0 (3-1)


TEGANU MEMANG NELANG !!!


Excellence .

Monday 10 October 2011

TAHNIAH buat Terengganu dan T-Team .

Assalamualaikum .


Sekalung Tahniah buat skuad The Turtles yang telah berjaya menumpaskan The Red Warriors 3 -1 di Kuala Terengganu sebentar tadi dalam saingan Piala Malaysia 2011 peringkat suku akhir pusingan pertama ...kedua pasukan adalah gergasi pantai timur ...Terengganu turun selaku Juara Piala FA dan Kelantan selaku Juara Liga Super tahun ini ... mereka akan berentap sekali lagi di Kota Bharu 14 haribulan ini utk menentukan siapa lebih layak ke semi  final ...

manakala The Young Turtles iaitu T Team telah berjaya membenam sabah di likas dengan jaringan 2-1 .

diharapkan kemenangan pada malam ini memberi inspirasi kepada Terengganu utk menjulang piala Malaysia buat kali ke 2 ....semoga harapan untuk melihat Terengganu dan T-Team bertarung di pentas perlawanan akhir akan menjadi kenyatan ...itu tidak mustahil...

bagaimanapun perjalanan masih jauh ...masih banyak yang perlu di lakukan ...jangan mudah leka dan berpuas hati dengan pencapaian semasa...selagi kejuaraan belum berada di gengaman ...teruskan perjuangan ....

JUARA adalah mereka yang berani katakan tidak mustahil kepada apa yang orang lain katakan mustahil ...nothing imposible ...

semarak darul iman ...sokongan sepanjang zaman ....peteh ganu peteh ...

TEGHANU NELANG ....syabas dan tahniah sekali lagi ..........


keputusan lain : Selangor 3 perak 1 dan Felda United 1 N sembilan 0

Excellence .



Thursday 6 October 2011

jangan pernah berhenti melangkah .


mencari kebahagiaan tidak semudah yang aku sangkakan ...umpama memburu angin ...ia tidak kelihatan tapi terasa kehadirannya ...ia datang kemudian berlalu pergi ...alangkah baik nya jika kau datang dan kau tetap di situ ..utk terus memberi rasa nyaman kepada ku ...

namun kalau ia tidak datang lagi...adakah aku harus hanya duduk terdiam dan berputus asa ...atau kubiarkan saja ia terus berlalu ...atau aku mesti menunggu dan terus menunggu ...

ketahuilah angin ...aku xpernah berhenti berharap ...sampai waktunya kau pasti datang jua ...bila ? biar tuhan yang tentukan ....

sekian ...dan aku masih bernafas hari ini utk terus mengukir senyuman ...syukur alhamdulillah ..

aku terus melangkah ...Assalamualaikum .

Excellence !

Sunday 2 October 2011

biarkan angin itu berlalu pergi .

aku berpaling ke belakang seketika ...luka semalam seakan akan xmungkin sembuh ...tanah yang aku pijak seakan akan masih basah kerana hujan kemarin ...hurm ...

mengapa mesti menoleh kalau sudah tahu ia xakan kembali ...seharusnya aku sedar bahawa hidup bukan lagi utk semalam ...tapi untuk hari ini dan esok ...


semalam biarkan saja pergi ...ia sudah menjadi guru ...agar kita belajar sesuatu darinya ...sekurangnya kegagalan semalam memberi kita nafas baru utk kembali berdiri hari ini ...nafas harapan supaya terus melangkah utk esok...

wahai manusia yang gagal ...ingat lah ketika kita terduduk ...jalan utk bangun sentiasa akan ada ...trs meratapi kegagalan tidak akan mengembalikan apa2 ...sebalik nya kita harus mengumpul kekuatan baru utk bangkit semula...dihujung terowong pasti ada cahaya...yakin lah ...kerana selain keazaman ...belajar dan usaha yang berterusan ...doa serta tawakal...KEYAKINAN adalah kunci kejayaan ...

orang yang berjaya bukan lah mereka yang tidak pernah gagal ...tapi mereka bangun dan belajar daripada kegagalan ...dan mereka tidak pernah menyerah kalah ...mereka cuba dan terus mencuba...mereka bukan manusia luarbiasa tapi manusia biasa yang semakin di uji ...menjadi semakin kuat ...tabah...gigih...berani....dan akhirnya berada di puncak...hmmm ...aku ingin menjadi seperti mereka ....berikan aku kekuatan itu tuhan ...

wahai angin ...terima kasih kerana membawa kedukaan semalam berlalu bersamamu ...

sekian ...lupakan kegagalan semalam ...teruskan kehidupan hari ini ...dan esok biar tuhan yang tentukan ...assalamualaikum ...salam kejayaan utk semua ...
never say never !

Excellence !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...