Saturday 28 January 2012

erti kesenangan sebuah fatamorgana hidup .

Assalamualaikum ...

siapakah manusia2 yang memiliki kesenangan di dunia ini ...adakah dgn memiliki ...harta bertimbun bertimbun setinggi gunung...kereta mewah berderet deret tak cukup garaj ...rumah besar bertingkat tingkat ...isteri secantik bidadari ...hidangan lazat tak muat meja dan berbagai bentuk lagi kenikmati dunia ...emm ...semua orang mengimpikan kesenangan sedemikian rupa ...nampak situasinya macam dunia milik mereka...segalanya nampak indah dan menawan...namun adakah itu sebagai pengukur kesenangan yang sebenar ? ...

jika itu ukurannya maka tidak terkira lagi manusia yang sedang hidup dalam kesusahan ...tidak di nafikan harta boleh menyumbang kepada kesenangan ...tapi itu kesenangan pada zahir yang nampak di mata kasar ...bagaimana agaknya hakikat kesenangan di hati ...iaitu hidup dengan senyum sentiasa terukir di bibir walaupun di uji dengan bermacam macam dugaan ...


apa gunanya memiliki segala macam benda seakan akan mahu di beli dunia ini tapi makannya orang lain yang kena suapkan ...mandinya orang lain  yang uruskan ...bergerak memerlukan ada orang lain menolak di belakang kerusi rodanya ...tak dapat menikmati manisnya gula dan masimnya garam...tak dapat menikmati daging udang sotong dan macam macam lagi makanan enak...terpaksa makan ubat bila sampai waktunya...dan lebih teruk bila terlantar di kamar sakit berbulan bulan mungkin bertahun tahun menunggu maut...nauzubillah... mereka sedang di uji dgn kesenangan dan kesusahan ...memiliki kesenangan tapi mereka tidak dapat menikmati kesenangan ...aku yakin bila berada dalam situasi itu tiada guna lagi segala emas permata ...semuanya sudah menjadi perhiasan ...mereka cuma mampu melihat apa yang telah mereka miliki dan kemudian mereka mengalirkan airmata ...oh tuhan ...

lihat lah mereka itu ...dengar lah hilai ketawa mereka dari celah2 jendela pondok buruk itu...kadang tidur pun beralaskan tanah berbumbungkan langit ...makan sekadar sebuku dua roti ...mereka kenyang dan kemudian senyum ...mereka merasa hidup mereka sudah cukup senang walau di himpit kesusahan...kerana mereka sedar ...jasmani mereka yang sihat itu adalah harta paling berharga yang Allah kurniakan tiada tolak banding nilainya ...dengan nikmat itu mereka masih boleh berjalan meneroka bumi Allah ...mereka redha dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki ...

indahnya bagaimana Allah membagi bagi nikmat ...ada orang nampak senang pada zahirnya tapi hati nya hanya Allah yang tahu ...ada orang nampak kedaifan pada hidupnya yang kita melihat pun kadang2 ingin menangis ....tapi Allah itu maha adil ...Allah berikan mereka nikmat menghirup udara dengan penuh rasa kesenangan...indah kan ...

aku ? Alhamdullilah ...masih di beri kesihatan yang baik dan aku berterima kasih pada Mu tuhan ...Kalau takdirnya aku tak berpeluang memiliki apa2 pun...aku cuma berharap semoga Kau terus berikan aku nikmat kesihatan ini ...agar dengannya aku terus dapat menghambakan diriku pada Mu ...inshaallah ...

bersyukur lah dgn nikmat kesihatan ini dan kepada mereka yang sedang menderita kerana sakit ...bersabar lah dan mohon rahmat dari Allah...sesungguhnya kamu sedang di uji ...dan ketahui lah bahawa setiap penderitaan itu akan menghapuskan dosa ...mudah mudahan Allah sembuhkan mereka2 yang sedang sakit dan disakiti ...amin .

sekian ...sekadar peringatan buat aku yang naif...Allahualam ..

#ramai orang boleh bersabar bila di beri kesusahan ...tapi tak ramai orang akan bersyukur bila diberi kesenangan ...KESIHATAN juga adalah sebuah KESENANGAN .

Excellence .


Sunday 22 January 2012

Gong Xi Fa Cai kepada kawan cina seluruh dunia .

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...


Gong Xi Fa Cai ..Xing Nian Kuai Le ...aku ucapkan kepada mereka yang berbangsa Cina di Malaysia dan seluruh dunia ...selamat meraikan perayaan tahun baru dengan penuh keharmonian dan perasaan hormat menghormati ...perbezaan warna ..agama ...adat...budaya dan pemikiran bukan penghalang untuk kita terus berkongsi langit dan tanah di bumi bertuah ini ...malah perbezaan itu menjadikan kita lebih ingin mengenali dan memahami antara kita  ...

# Jangan mengharapkan orang lain menghormati kita sekiranya kita tidak menghormati orang lain ..menghormati bukan sahaja sekadar menghulurkan tangan berjabat memberi salam serta melemparkan senyuman ...tetapi juga menghormati agama...budaya...pendirian... pemikiran dan hak orang lain ...

Excellence ..

Saturday 21 January 2012

Francis Forkey Doe semakin mengemari keropok lekor Terengganu .

Assalamulaikum ...

liga super malaysia sudah pun mengharungi 4 perlawanan ...Alhamdullilah pasukan hidup mati aku Terengganu setakat ini berada di kedudukan kedua liga di belakang pendahulu kelantan dgn 9 mata...

Terengganu memulakan saingan liga musim ini dengan isu kontroversi PBNT tidak di benarkan menurunkan pemain import krn masalah salah faham tarikh proses pendaftaran pemain import dgn FAM...dan terpaksa turun pada perlawanan pertama menentang perak tanpa awang import...kesannya Terenganu tewas 0-1 di ipoh ...bagaimanapun isu tersebut telah berjaya di selesaikan secara baik dan Terengganu di benarkan utk menurunkan pemain mereka pada perlawanan ke tiga liga ...ini telah meningkatkan semangat pemain dan penyokong ..hasilnya Terengganu meraih 3 kemenangan berturut ...menewas Felda United 3-0 ...sarawak 1-0 dan malam ini menewaskan adik mereka T Team 2-1 ...

Terengganu memiliki 2 pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil bagi menghadapi saingan liga super dan AFC... sekarang ini nama Francis Forkey Doe mula meniti di bibir penyokong Terengganu apabila telah menjaringkan ke semua 3 gol kemenangan Terengganu ketika menentang sarawak di kuching dan t team di kuala terengganu ...

aksi lincah Francis Forkey Doe ...

Francis Forkey Doe... pemain liberia berusia 26 tahun yang di bawa drp kelab al ahly mesir sebelum ini pun telah berjaya memikat hati penyokong Terengganu apabila menjaringkan hatrik ketika membelasah Perlis 6-0 dalam perlawanan ujian pada bulan disember lepas di kuala Terengganu ...

semoga Francis Forkey Doe terus konsisten menunjukkan taringnya untuk perlawanan mendatang ...sekaligus membantu impian penyokong untuk melihat Terengganu membawa pulang 3 piala pada musim ini tercapai...inshaallah...

bagaimanapun dalam bolasepak kemenangan bukan bergantung kepada seorang individu tapi semangat berpasukan...dan kepada Ashaari 'saha' ...manaf mamat ...hadi yahya ...marzuki dan lain2 ...anda tetap terbaik di hati aku ...gudluck boys ...all the best ...peteh ganu peteh !

sokongan sepanjang zaman ...Terengganu Nelang !

#Francis Forkey Doe sms kat ku kabo dia wehi ngat weh makang kepok leko losong ...tobak aku dok lebong...hehe ..

excellence ..

Monday 16 January 2012

berlari bersama cahaya .

Assalamualaikum ...

ketika aku mula berlari ...adakalanya aku juga jatuh tersungkur ...lalu aku bingkas bangun ...bukan kerana aku merasa sakit ...tetapi kerana aku perlu meneruskan perjalanan ...perjalanan panjang yang makin pendek ...yang aku sendiri pun tak pasti di mana noktahnya ...namun selagi menghirup udara ...selagi itulah aku harus terus berlari ...berlari dan terus berlari bersama rotasi dunia tempat aku menumpang hidup ...


cuma aku memohon agar Allah meredhai setiap inci langkah ku ...moga di berikan aku pedoman ...di berikan aku kekuatan ...di berikan aku keazaman...kerana fikrah aku sebagai manusia ...adakala tersilap dan tersasar mengatur langkah ...tiada apa yang aku harapkan selain daripada belas kasihan Mu tuhan ...hanya kepada Mu aku berharap...sememangnya Kau adalah pembimbing dan pemilik nyawaku yang abadi ....

dan aku sedar ...walau sejauh mana pun aku berlari ...penghujungnya adalah MATI ...kerana itu lah aku ingin berlari bersama cahaya keredhaan Mu ....

sekian ...biar sakit jatuh di dunia ...namun tak sanggup jatuh di akhirat ...nauzubillah ...

Excellence ..

Friday 13 January 2012

mencari cinta hakiki .

Assalamualaikum ...


ketika saat aku merasakan aku terbeban dan tidak punya sesiapa di sisi...ketika saat itulah Allah sedang memerhatikan aku dengan penuh rasa kecintaanNya ...subhanallah ...

kasihanilah aku dan sekelian hamba Mu ya Allah ...berikan kami kekuatan meneruskan langkah...

Excellence ..

Sunday 1 January 2012

2012 : tahun baru yang serba baru .

Assalamualaikum...

tahun akan datang dan pergi ..bersilih ganti seperti hari ...syukur masih diberi nyawa untuk menghirup udara tahun 2012 ...toleh kebelakang ...telah ramai mereka yang kita sayang telah pergi di jemput pulang ...Al fatihah untuk mereka .



sempena tahun baru neh perlu ke tukar baju baru ...kasut baru ...pingan mangkuk almari baru..laptop baru ...henpon baru...awek baru... hehe  ...dah masuk tahun baru xkan masih lagi nak pakai yang lama maa ...kasi tukar baru la...baru syok ...kan ...

tapi bukan itu maksud aku ...sebaik baiknya tahun baru ni ...bila usia dah semakin meningkat dewasa...bukan tua k...haha...so pemikiran kena lagi matang setapak. ...kalu tak banyak pun sedikit ...emosi semakin jadi terkawal...ilmu semakin bertambah...terus belajar tambahkan ilmu ...amalan semakin banyak...hidup semakin mempunyai erti ...dan yang paling penting diri menjadi semakin lebih baik dalam semua perkara ...

azam baru ? ...oh azam tahun lepas pun belum tercapai ...camne...kena ada azam baru juga ke ...mesti lah ...xsemestinya azam baru tu kita berazam untuk capai sesuatu yang baru ...kalau azam sebelum ni dah tercapai ok la ..kalau belum tercapai ..kita rebranding balik azam tu biar jadi baru ...kasi refresh ...xkan nak lupa macam tu je ...hidup mana boleh give up ...nak ke xnak langkah mesti terus ke depan ...cuba sedaya mungkin capai apa yang kita nak ...selebihnya kita berserah pada Allah ....sekurangnya kita mecuba yang terbaik ...

jadi ayuh kawan rakan dan taulan ...kita bersama memulakan hidup baru di tahun dan hari yang baru ni dengan harapan baru ...semangat baru ...azam baru untuk mencapai impian ...dan...tiada istilah terlewat untuk memulakan sesuatu selagi ada nafas dan denyut nadi...

past is past ...enough is enough ...here we begin...and we will be brave to move step ...

sekian...teringat pulak time masuk sekolah darjah satu ...semua baru ...tupperware pun baru ...hurm ...

terima kasih kerana sudi baca ...selamat malam .

Excellence .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...