Assalamualaikum...
Alhamdullilah ...sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 1432 hijri ...dan jika di izinkan Allah kita akan melangkah ke tahun baru hijriah pada hari ahad 27 november 2011 bersamaan 1 muharam tahun 1433 hijrah ...
Pada tarikh tersebut seluruh umat islam akan menyambut awal muharam ataupun maal hijrah sempena memperingati peristiwa penting dalam kalendar islam iaitu tarikh nabi besar kita Muhammad SAW berhijrah dari kota mekah ke madinah pada 1433 tahun yang lalu ...peristiwa bersejarah yang membuka lebaran baru dalam penyebaran syiar islam...tarikh bermulanya proses penyebaran dan berkembangnya agama Allah ke serata pelusuk alam ....agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam dan isinya ...Allahu rabbi ...
Daripada peristiwa tersebut kita di ajar bagaimana pentingnya membuat perubahan dalam hidup...menurut kefahaman aku hijrah itu bermaksud keluar mencari jalan utk mengubah sesuatu keadaan...perbuatan...ataupun pemikiran daripada tidak baik kepada baik...dan daripada baik kepada lebih baik...dan kita di tuntut utk melakukan perubahan dalam apa apa bidang sekalipun dalam kehidupan ini selari dgn kehendak islam ...tuntutan agar kita menjadi manusia yang sentiasa patuh pada perintah Allah dan rasulnya ....
Bersama sama kita mengukuhkan ukhwah dalam menghadapi dunia yang begitu mencabar hari ini ...hanya dgn semangat bersatu hati di kalangan ummah yang mampu menyelamatkan kita daripada cabaran tersebut...kerana Allah tidak akan memandang golongan yang berpecah belah ...dan berpeganglah kita pada tali Allah...satu syahadah ...
'Persefahaman asas perpaduan ummah' ...indah tema sambutan maal hijrah tahun ni ...permulaan sebuah perjuangan adalah pergorbanan ...dan pergorbanan paling besar adalah melakukan sesuatu yang kita tidak suka tetapi harus di lakukan untuk mencari kebahagiaan dunia dan akhirat...walaupun bukan utk kita tapi sekurangnya untuk sauadara dan orang yang kita sayang ...berhijrah lah ...bukan sekadar perbuatan tetapi juga pemikiran ...Allahualam ...
sekian ...Salam Maaf Hijrah untuk semua umat islam ....semoga kita terus di rahmati Allah utk menempuhi hari hari mendatang ...amin ya rabbi alamin ....
Excellence ...