Assalamualaikum ...
Hari ini 31 ogos ...tarikh keramat yang membebaskan negara kita yang tercinta ini drp cengkaman penjajah selama lebih daripada 400 tahun ...sudah 54 tahun usia kemerdekaan ini ...alhamdullilah ...syukur ke hadrat ilahi di atas nikmat kebebasan ini...sebagai anak Malaysia yang merdeka ...aku menyeru agar kita sama sama menghargai dan menghayati erti kemerdekaan ini ...kerana kemerdekaan ini tidak datang dengan mudah ...kalau kita alpa dan lupa ...tidak mustahil nikmat ini boleh hilang sekelip mata ....
Terima kasih kepada pejuang2 bangsa yang telah berkorban keringat, linangan airmata dan titisan darah dalam usaha menuntut kemerdekaan ini ...aku sedar dan insaf bahawa tanah yang sedang aku pijak sekarang adalah hadiah daripada pengorbanan besar kalian ...akan ku kenang dan hargai jasa2 kalian sepanjang zaman...jasa kalian sememangnya tidak dapat di hitung...terima kasih sekali lagi kerana mewariskan aku dan kami sebuah tanah tumpah darah yang merdeka ...
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN aku ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia ...semoga negara tercinta ini terus aman ...makmur... dan maju jaya ...ayuh kita terus bersatu hati...berganding bahu dan saling hormat menghormati dalam mempertahankan kemerdekaan ini ...kita mungkin berbeza nama ...warna kulit...dan pegangan ...namun hakikatnya kita berjalan di atas tanah yang sama dan berpayung di bawah langit yang sama ...ini negara kita ...tanah tumpah darah kita ...cintai lah negara kita ini sepenuh jiwa raga ...let say i'm proud to be malaysians so much ....
ingat kawan...hari ini tidak datang begitu saja ...terlalu banyak pahit manis diharungi dalam kita mencorak warnanya ...semoga warna2 hari esok dan hari2 seterusnya lebih cerah dan ceria ...Ya Allah ku mohon agar Kau terus memberikan nikmat kebebasan ini berkekalan buat selamanya ...
sekian...merdeka itu bukan sekadar bebas jiwa dan raga tapi juga bebas hati...minda dan spiritual ...salam kemerdekaan buat semua ...merdeka...merdeka ...merdeka ....
Excellence ...