Wednesday, 16 May 2012

selamat hari guru ! kepada semua cikgu saya ...

Assalamualaikum ...


dedikasi kepada hari guru dan guruku tercinta ...



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...



--- usman awang 1979 ---


*********************


selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku termasuk cikgu sekolah memandu aku ...terima kasih kerana membentuk aku menjadi manusia yang tahu menilai erti kehidupan dan kemanusiaan...

selamat hari guru juga kepada semua yang bergelar guru ...semoga bakti yang kalian curahkan akan mendapat keredhaan dan keberkatan di sisi Allah ...jasa kalian tak mungkin di lupakan ...hanya Allah yang mampu membalas pergorbanan kalian ...

" kalau di tanya ...siapa yang antara kamu yang sanggup berkorban untuk kamu walhal dia bukan darah daging kamu ...jawapannya adalah GURU ..." --- mohdhazlan dreadlock ..

guru ibarat lilin ...ketika malam gelap gelita ...dia datang memberi cahaya ...cahaya harapan yang menyuluh jalan untuk mengapai impian ...sekian.

excellence ...

45 comments:

fairuz said...

kalau dulu kat sekolah mesti ade sambutan hari guru kan? dah blaja kat U ni takde pulak huhuu pensyarah kan guru jugakk >.<

Cik Kartun ( CK ) said...

mnjadi seorang guru bukn nya mudah.. :)

azizah :) said...

selamat selamat..rugi tak jadi cikgu dulu..kuikuikui

Selendang Merah said...

tanpa guru sape lah kita kn...:)

Boni JLL3 said...

yeah..selamat hari guru.. :)

Cikgu Jaja™ said...

jaja xmau nk jd lilin..

nnt cair abeh la xleh bg cahaya lg..

nk ld lampu neon...kekekek

sis92 said...

rindu nk balik sekolah..rindu nk smbut hari guru dlm dewan pastu dgr cikgu karoke :D

miranadia said...

kami guru malaysia
berikrar dan berjanji


sebak oo bila dengar lagu ni.

Camy Alya said...

true indeed ^^

cik panadol said...

zaman sekolah dulu suke la buat sajak cenggini untuk cikgu hahaha...

untung la sape yg jadi cikgu...kt anak cikgu je takde orang wish hoho....

Koding said...

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK….

AZRUL AZMI said...

dah lama cari sajak tu yang versi full...

babycomel said...

Dulu guru disanjung.. skg, budak2 sendiri pun dah tak tahu nak hormat guru..

caliph shuriken said...

kwn2 semua keje hebat2 laa ni, huh...

rAIHan said...

selamat hari guru utk semua guru di msia~

Roslina said...

tingat kt cikgu Fauziah yg seksi tu..ehe

Alieza Dayasari said...

liza suka giler sajak ni... guru ohh guru..
mantap sih

✿Lady Ainaa ✿ said...

nice this poetry... bnyk jasa guru pd kita...mase sekolah dahulu asyik tak puas hati dgn cikgu..tp bile dah besar baru rasa akan jasa mereka...

Selamat Hari Guru

KorN said...

samat hari guru utk semua yg bergelar guru

c'axoera ヅ said...

slamat hari cikgu gak lah :D

Rozuan Ismail said...

teringat lagi wan pernah baca puisi tuh masa sekolah rendah

DsCaRNiA NaDiA said...

Masa sekolah dulu selalu cakap "bila la nak abis study" tetapi bila da kerja "rindu rasanya nak sekolah balik.." huaaaa

Lea Isnawi said...

selamat hari guru lan

Cik Amal said...

awak kalau nak ambil doodle tu,
klik doodle tu, then right klik then
save as/copy image . .
kalau nak save masuk computer, pilih save as

Encik Atan said...

slmt ari guru....=)

cendol said...

suke sgt sajak ni ! dah lame x dengar sebab dah lame x sekolah

Arra Ahmad said...

semua orang ingat hari guru..tapi tak ramai yang ingat hari jururawat

WangsaBlogger.Com said...

selamat hari guru jugak.. Tanpa guru, aku takkan jadik blogger sekarang ni sebab x kenal huruf.

Selamat hari jururawat untuk Arra Ahmad

☺MADiDEYHA☺ said...

mase sekolah dulu , tiap tahun biler hari guru ade budak baca sajak ni . ouhh ! rindu sekolah >___<

kaishin said...

guru..jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat..

nadia farhana said...

hargai guru2 :)

tirahzairi said...

best ler cikgu dpt bnyk adiah...hehe

Cik Puan Muda Umi said...

tnapa guru,sapa lah kita..:)

Aida Omar said...

sungguh besar jasa guru yang mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna kini.. moga semua guru ini dipanjangkan umur dan murah rezeki :)

Tinta Lana said...

Salam lan..

datang tak habis2, bagi la buah tgn sket ke,wahaha.

Ya..GURU insan yg snggup berkorban,untuk seseorg yg bukan darah dagingnya..dan, mesti pernh dengarkan, kisah guru yg berjaya mendidik anak bangsa, tpi gagal mendidik anak kandungnya..

Lana takkan pernh lupa cikgu tadika lana..diala org yg bertanggungjwb, memperkenalkan lana asas ilmu membaca,mengira, mewarna.. :)

Cik Fie said...

Jemput Join GA Ni :) 200++ Hadiah Telah Disediakan Khas Untuk Pemenang ^_^
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/random-giveaway-by-cik-fie_19.html

Ninaaa said...

aku pelik knp sekarang ni ramai ibubapa yg bekerjaya tak bagi anak mereka jadi guru? mereka sedar apa tidak tanpa guru yang mendidik mereka, mereka takkan berjaya seperti sekarang. hmm

Syed Salleh said...

Saya dedicate kepada cikgu saya gak :)

(http://syedsalleh.blogspot.com/)

Hanim Irsyad said...

tak ley jadi guru. kalau tensyen, mesti nanges! hati tak kuat. huhu

Busyra Bt Takiyudin said...

guru segalanya :D

pelangi sepi said...

guru ,jasa dan baktimu dikenang

POSH76 said...

Selamat Hari guru....tak terlambat lgkan...

BUDI PRASETYO said...

engkaulah pahlawan tanpa tanda jasa... Selamat hari guru.

ain dzaya said...

sajak tu ...sajak tu ada dlm buku komsas masa form 3...rindunya nak gi sekolah cam dulu2.....huwaaa....

9n0L4 said...

puisi berhantu tiap kali sambutan hari guru. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...