Thursday 23 February 2012

hujan belum berhenti ...

Assalamualaikum...

hujan di luar sana belum berhenti ...aku merenung kepadanya sambil tersenyum ...kalau tiada hujan bagaimana agaknya ...tentu bumi akan haus...kerana dia adalah minuman kepada bumi ...sekarang kau minum lah sepuasnya wahai bumi....kerana bila datang kemarau ...kau dan aku pasti rindukan hujan ...

hujan adalah makhluk Allah yang di utuskan memberi kerahmatan kepada sekelian makhluk ciptaan Nya...haiwan ...tumbuhan ...tanah ...batu dan tentu sekali manusia termasuk aku...lihat lah bagaimana Allah mencipta hujan ...dari bumi naik ke awan kemudian turun semula ke bumi ...satu proses kitaran semula yang paling sempurna ...ketika aku enak menikmati nikmat hujan ...aku terkenang manusia lain di luar sana yang mungkin sudah lama tidak merasai rahmat hujan turun di bumi mereka ...mungkin berbulan bulan tak pun bertahun tahun di landa kegersangan dan ketandusan ...saban hari mereka mendongak dan menadah tangan ke langit memohon hujan ...semoga Kau hilangkan dahaga mereka tuhan ...


namun memang lumrah manusia ...bila hujan di mintanya panas ...bila panas di nantikan hujan ...itu lah manusia ....makhluk Allah paling kompleks pemikirannya ...sukar di duga ...kadangkala di luar jangkauan ...makhluk yang malaikat pun gerun bila Allah mahu menciptanya ...kerana manusia kalau tidak dapat mengawal pemikirannya menjadi makhluk paling buas dan paling teruk melakukan kerosakan di muka bumi ini ...manusia kadang2 lupa bersyukur dengan apa yang sedang mereka nikmati dan di beri secara percuma walhal tanpa mereka minta pun tuhan masih juga memberi ...itu pun masih ada di kalangan mereka yang merungut ...

di sebabkan kerakusan...kemurkaan...kealpaan...kezaliman manusia itu lah kadang2 Allah turunkan  peringatan dalam bentuk hujan berterusan menjadi bah yang menengelamkan bumi ...sekaligus menelan keegoan manusia ...siapa boleh menghalang ...kalau Allah kehendaki ...gunung pun pasti akan tengelam  ...jangan lah kita mencabar kemurkaan Allah ...Dia sentiasa memberi peringatan kepada hambanya yang lalai ...hujan juga adalah airmata langit yang menangis melihat dunia penuh dengan dosa dosa manusia ...dia datang untuk membersihkan kotoran dunia akibat tangan2 manusia ...semoga Allah selamatkan kita dari malapetaka dan bencana ...

apapun...bagi aku hujan adalah nikmat ...ia mendamaikan ...sangat menenangkan dan begitu menyamankan ...aku suka ...terima kasih tuhan kerana mengurnia nikmat ini kepada ku dan memberi kesempatan untuk aku merasainya ...sesungguhnya Kau adalah tuhan yang maha pemurah lagi penyayang ...

sekian ...turun lah hujan kerana aku tahu tiba masanya kau akan berhenti ...kemudian kau datang lagi ...aku harap aku masih hidup ketika kau datang untuk yang ke sekian kali itu ...

----Dunia tak kan mampu puaskan hati mu selagi kau belum kenal siapa yang menciptanya .....

Excellence...

44 comments:

Urzain Hussain said...

hujan itu indah..
namun ada juga sesetegah makhluk bumi yang berungut apabila turunnya hujan kerana menghalang aktiviti mereka..

Unknown said...

hujan Allah turunkan sebagai nikmt dan juga dugaan..

Anonymous said...

Hujan oh hujan.
Kasihan bunga-bunga kat rumah kl hujan tak turun sebab aku malas siram

neesa_jun said...

bau rumput selepas hujan....best.........................syukur ya Allah!

biela bell said...

hujan tu rahmat..masa hujan tu banyak2kanlah berdoa..huhu

Cikgu Jaja™ said...

aku cukup bersyukur selagi aku masih sehat.. biarlah selebat mana hujan atau panas menggersangkan tanah..aku harus redho

CikTeddyCorner said...

mandi hujan..x boleh da mcm dulu..>,<

ismimumtazah said...

alhamdulillah..syukur atas segala nikmat kurnianNya..baik yang jelas di mata mahupun yang tersembunyi..

Cik tikah said...

banyakkan berdoa bila hujan turun :)

Unknown said...

hujan yang turun...bagaikan mutiara....laa teringat lagu hujan pulak..... :)

Arra Ahmad said...

manusia adalah makhluk yang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..
hujan bagi aku adalah penenang..
titis-titis air yang memercik ke wajah menjadi penawar gundah..

Saddila said...

suka ayat ni-->sekaligus menelan keegoan manusia

dila suka hujan (^_^)

shamyheart said...

tak kisah, hujan ke panas ke, aktiviti tetap berjalan. tetap ku redah. haha~

menjemput blogger join
segment kenangan persahabatan masa sekolah rendah.


mesti korang ada kenangannya kan?
jemput join segment ini ya

Unknown said...

hujan itu nikmat ! ^^

SYARIFF HAIKAL said...

manusia itu mahkluk yg kejam dewasa ini.mereka sukakan nikmat yg sekejap.smoga kita sama2 istiqamah dlm mengingati Tuhan.

ch000tz said...

hujan itu rezeki.....

siti nur faradiyana mutussin said...

btul tue..bla asyk hjan nk mnta pnas sbb kain yng di jemur xpndai kering..bla pnas nk mnta hjan sbb sgt2 pnas..hehehehe..

Diari Si Froggie said...

suka lihat hujan.. bila lihat hujan terasa damai dihati hilang segala resah.. pemandangan lepas hujan pun best, tenang je sejuk~

Unknown said...

sikap manusia..tidak pernah bersyukur..bila panas, nak hujan..bila hujan, merungut xley g keje la, kuwa la..macam2..

nice lan.. :)

iAmCekbolat said...

nk main hujan......

ZaroL said...

ingat lagi dulu2 kitorang nyanyi ramai2 dlm hujan...seronok gile moment tu. =)

Anonymous said...

sini dh xbrpa hujan sgt..tpi sjuk still ada.

Zaza Iman said...

zaza suka bila hjn turun..kalau dlu main2 kapal kertas time hjn..muahaha... =)

Just Mini Love said...

bersyukur kerana hujan turun :)

sbb kat perlis jrg ujan.. asyik pans terik je... 2,3 hari ni alhamdulillah... hujan mula turun.. walaupun kejap2..;)

Maira Quee said...

hujan itu rahmat Allah..

jemput la..
Ya Allah Beri Aku Kekuatan dan Ketabahan..Amin.

Afiqah said...

^^ terbaik ^^
hujan hmm. ciptaan Allah S.W.T

Unknown said...

Suka hujan...sejuk je..mudah berfikir

Unknown said...

Suka hujan...sejuk je..mudah berfikir

poohrist said...

menimbulkan keinsafan disini..
hujan itu nikmat & rahmat dari ilahi..
bersyukur dengan apa yang ada..

Anonymous said...

Saya suka kalau hujan, suasana jadi sejuk..Semoga hujan membawa kebaikan bagi kita.

AA said...

aku suka bau hujan! enak.tenang.nyaman!

MiSsKonsPiraSi said...

perkara paling syok and banyak pahala time ujan ialah ngaji and solat sunat..tapi tak slalu diamalkan coz lebey suka tidun..melayan mimpi haha

suzie rahman said...

hujan itu anugerah, sekarang musim kemarau. pns sgt. xthn..hurm :(

MalizaMah said...

Hujan itu anugerah yg terindah...
sejuk...
namun adakala kesin pula pd kawasan tanaman yg memerlukan cahaya.
jadi biarlah putaran dunia ini berlaku dgn adil.

Unknown said...

salam..btl bermakna entry ko ne.. sa sendri pn sentiasa inginkn hujan dan bla hujan je dlm 3minggu.. rindu pk ngn mathari.... bla mathari pk yg timbul dlm 1minggu.. nk hujan pk...hehehehehe.. tuhan mmg adil dn maha penyang..membri kta hujan, cuaca yg mendung n mathari... n appn bersyukur lh kta ngn seadanya..

C i k P i p i T e m b a m said...

hujan lahh best... hujan itukan rahmat..

Nyue said...

best nyerr hujan...sejukk n syokk sgt kalu dpt tidor...he3

The Fakhirin said...

Penuh Puitis n maksud yg mendalam sedalam lautan marina...

gnesop said...

setiap ciptaaNya adalah yg terbaik!

Cikgu Jaja™ said...

hujan atau panas, duduk jer diam.. perhatikan kebesaran tuhan.. :)

meisnani said...

Subhanallah... =)

tirahzairi said...

saya suka hujan...bukan band hujna tue...tp main hujan la...hehe

tirahzairi said...

saya suka hujan...bukan band hujna tue...tp main hujan la...hehe

Annie said...

hujan itu rahmat dari tuhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...