Sunday, 18 March 2012

merentasi rotasi kehidupan ...

Assalamualaikum..

apa situasi kamu sekarang ? ...sedang tersenyum bangga berdiri di puncak dunia sambil mengibarkan bendera tanda kemenangan...sedang bersantai di dalam sebuah banglo mewah berhawa dingin sambil menonton rajalawak di astro warna melalui skrin tv yang besar ...atau pun sedang menikmati kelazatan beraneka jenis makanan sambil bergelak ketawa bersama rakan rakan di hotel lima bintang ...situasi yang cukup mengembirakan ...

kemudian berpaling sejenak ke satu sudut yang lain ...ada seseorang sedang jatuh terpelosok ke dalam longkang sambil meraung meminta di hulurkan tangan ...ada insan yang sedang berbaring di kaki lima belakang lorong gelap sambil tangannya di kipas kipas menampar nyamuk...ada kelihatan susuk tubuh yang sedang menyelongkar tong sampah busuk mencari sisa makanan untuk mengisi tembolok bagi menyambung hidup ...nauzubillah sedihnya ...

mengapa situasi nya begitu berbeza...pernah kah kita  terfikir mungkin orang yang jatuh ke dalam longkang itu adalah orang yang sama satu ketika dulu gah mengibar bendera di puncak dunia ...insan yang sedang tidur di kaki lima itu adalah orang yang sama pernah hidup mewah di banglo indah ...dan mungkin juga orang yang hari ini menadah tangan meminta simpati untuk di beri makan itu pernah dulu bersenang lenang makan di hotel hotel lima bintang ...

ataupun sebaliknya ...dulu jatuh terpelosok ke dalam longkang sekarang berada di puncak dunia...dulu tidur bertemankan nyamuk hari ini lena di atas tilam empuk ...dan dulu makannya tidak menentu saat ini sedang menikmati makanan lazat memenuhi meja makan sehingga dia pun tidak tahu mahu memilih yang mana satu ...


itulah putaran kehidupan...hidup tidak selamanya berada di atas dan tidak juga selalu berada di bawah...ia terus berpusing dan berpusing seperti roda ...kadang laju kadang perlahan ...kadang di atas kadang di bawah...yang pasti tidak pernah berhenti berpusing selagi belum tiba ke destinasinya ...destinasinya adalah mati ...

namun adakah ketika kamu berada di bawah kamu mesti berputus asa lalu berkata " hidupku sudah tidak bermakna  ...hatiku sudah hancur ...aku sudah tiada harapan lagi " ...ketahui bahawa ketika itu Allah sudah mempunyai perancangan lain buat kamu...bersabarlah ...tabahkan hatimu ...berusaha untuk bangkit kembali dengan keazaman yang baru...sesungguhnya Allah sedang menguji kamu dengan kasih sayangnya dan Dia benci kepada hambanya yang berputus asa ...ingat bahawa langit tidak sentiasa gelap ...awan hitam pasti berlalu pergi ...yakin lah dan terus berdoa memohan jalan dan harapan...

dan jangan lah pula ketika kamu berada selesa di atas kamu mula bangga diri lalu berkata " lihat lah dunia ...aku telah berjaya menawanmu ...dan aku akan terus berada di puncak mu "...ketahuinya bahawa kejayaan yang Allah berikan kepada kamu hari ini juga adalah ujian ...untuk melihat sejauh mana kamu bersyukur kepadaNya...jika hari ini kamu berdiri di puncak dunia mengapai awan...esok belum tentu kamu sampai ke bintang ...kalau kamu jatuh ...sakitnya jauh lebih perit daripada mereka yang baru mula mendaki ...bersyukurlah dengan setiap apa yang kamu miliki kerana tidak semua orang miliki apa yang sedang kamu miliki...

akhir kata...apa pun situasi aku hari ini ...aku sedar bahawa setiap langkah perjalanan hidup aku adalah ujian dan ketentuan Allah ...aku merancang ...Allah juga merancang... dan tentu sekali perancangan Allah jauh lebih baik...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buatku...aku redha dengan setiap apa yang telah di tetapkan ...cuma aku memohon agar Allah sentiasa ada bersama aku ketika roda itu berpusing sehinggalah aku tiba ke destinasi terakhirku ...sekian ...Allahualam ...

--> bermula dari bawah tak semestinya sentiasa berada di bawah-- adnan sempit 2 ...

Excellence ..

28 comments:

sis92 said...

kita haruslah bsyukur..
walau macam mana kita senang atau susah =)

Jeremy said...

Thanks for this post. Visiting you back. Have a great day...
Accountant Melbourne

aku HaniAsyira said...

kita tak tahu kita dimana esok hari kan.. =)

Shifa Jue said...

Hidup terlalu pendek untuk bangun pada waktu pagi dengan menyesal.. Jika anda mendapat peluang, ambil lh ia.. Jika ia mengubah hidup anda, biarkan ia.. Tiada siapa yg berkata bahawa ia akan menjadi mudah, namun ia akan bernilai..

Wadi AR said...

:)

mr.dinie said...

nice post..hahah..XD

Cik tikah said...

bila kita di atas, kita bersyukur. bila kita di bawah, kita kena bersyukur jugak :)

Sam Banjamin said...

kene selalu beringat la kan.. tak kire lah... baikketika berada di atas mahupun di bawah... bagus tulisan abang ni... saya add di pesbook tau...

#####

Jemput lah ke Blog saya yg biase-biase tu...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/gila-kuasa.html

jom singgah...

Selendang Merah said...

kita perlu sntiasa bersyukur x kira lah di mana kita berada. di atas atau dibawah sebab masing-masing punya kelebihan...

Kelebihan itu adalah anugerah Allah

zaty luvlianncezzz said...

" hidupku sudah tidak bermakna ...hatiku sudah hancur ...aku sudah tiada harapan lagi " ...ketahui bahawa ketika itu Allah sudah mempunyai perancangan lain buat kamu...bersabarlah ...tabahkan hatimu ...

my situation now..thanks. sedikit terubat ! :')

farhan said...

nice post..huhu..aku sselalu dibwh ..apapun ni ujian allah..kena terima...mungkin esok akan lebih baik...

C i k P i p i T e m b a m said...

dari dulu sampai skang , hidup cik pipi selalu di bwah.. sekarang berusaha nak mendaki mendaki dan mendaki. sampai ke puncak... doakan cik pipi :)


# jangan anggap benda ni , small the pieces. HAHAHAHA

Cikgu Jaja™ said...

untung laa kalau sedar diri..malangnya ada org tu langsung xsedar..sedar2 je bdn dh berbalut kafan..sedih..cuma sempat menggapai mohon nyawa dikembalikan..useless fullstop

naiemah_ramli said...

bersabar.. ^__^.. bersabar dgn ujiannya :)

MaYa MustWany said...

nak daki tuh mmg payah..yg prlu ada kesabaran & usaha.

Boni JLL3 said...

aku sangat2 setuju...kitaran hidup ni bergerak secara bulatan..yang dibawah tak semestinya selamanya di atas dan yang di atas tak semestinya di bawah..jadi,kita hendaklah bersyukur dengan apa kurniaan yang diberi olehNya kepada kita..Dia lebih mengetahui perancangan kita di masa hadapan

miranadia said...

memang! hidup ni umpama roda....

sekali jatuh, susah nak naik ke atas...

berusahalah!

♔Lady Ainaa♔ said...

eayy good entry.. kite kne bersyukur dan redha setiap yg berlaku dlm kehidupan kita... tiada pelangi jikalau tidak ada hujan yang trun.. bju warna putih bosan melihatnya tetapi kalu baju berwarna warni sgt cantik melihatnye.. itu umpama kehidupan kite...

Aien Not Alien said...

good entry lan... :)



roda kehidupan sentiasa berputar, kadang atas kadang bawah...



hidup harus bersyukur...

O CIKTEDDY said...

excellent!

chemija said...

yup hidup umpama roda, tanpa roda gane nak improve kan? ye dak? heeee.

amy syahiera said...

nice entries :D
moge kite mensyukuri ape yg kita ade sekarang

azzahoney said...

rajin ye bercerita.mcm baca novel je ni.:)

Arra Ahmad said...

sedang berada ditengah2..bimbang bila dipuncak tak nampak apa yang ada dibawah..dan juga bimbang berada dibawah,takut orang tak nampak untuk dibantu..

dah jatuh berkali-kali..terasa penat untuk bangun kembali..

Mohd Norafzal said...

begitulah adat kawan.. yg berada di atas payah nak pandang yang di bawah, manakala yg di bawah berpusu2 nak panjat naik ke atas.. walhal tak pernah bersyukur ke atas apa yang ada. ketahuilah Allah pernah berpesan, bersyukurlah sesungguhnya Aku(Allah) akan melipatkali gandakan rezeki ke atas setiap mereka yang bersyukur

Aida Omar said...

suka dengan entry lan nie.. bila kita dekat atas sikit pun kita tak pandang apa yang ada dibawah, bila kita dibawah kita putus harapan..

L said...

fikir2kan .. renung2 kan.. nice..=)

jom tambah ilmu sikit..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

Phat said...

perlu tgk yg dibawah untuk capai yang di atas -phat-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...