Sunday 29 April 2012

akhirnya kau pergi jua ...

Assalamualaikum...

cuba kau beritahu aku ...apa yang kekal di alam fana ini ...jawapannya tiada satu pun ...segalanya datang dan pergi ...ada yang pergi kemudian datang kembali untuk seketika ...namun akhirnya terpaksa pergi juga dan tak kembali lagi untuk selamanya  ...semuanya bakal menjadi kenangan...

begitu juga cinta ...sesuatu yang amat pelik ...kadang kadang ajaib...banyak cinta yang bahagia tapi ada juga situasi cinta yang membuatkan hati kita seperti di hiris hiris bila kita mengenangkannya...ada cinta bahagia yang akhirnya bertukar menjadi cinta derita...ada cinta romantik yang tiba-tiba menjadi cinta plastik ...cinta boleh berpaling arah dan bertukar ganti...ada rasa benci tiba-tiba menjadi cinta...rasa cinta menjadi benci...rasa itu kadang kadang berpusing bergilir ganti...ada juga yang hanya mencintai tapi tak pernah dicintai...berbelit belit ...seperti tali kusut yang semakin cuba di uraikan semakin kusut ...akhirnya menyerut leher sendiri ...aduh ...itu lah mainan perasaan ..persoalan paling kompleks dalam hidup...jika kita tidak dapat mengawalnya dengan cara yang betul ...kita akan tewas ...terus hanyut dan karam...


bagaimanapun jangan terlalu bimbang jika hilang cinta manusia kerana ia memang tidak pernah kekal ...sampai masanya manusia pasti pergi jua ...walaupun bukan saat ini...yakin bahawa jodoh pertemuan itu perancangan yang di atas ...sampai masanya kita tahu bahawa hidup kita telah di atur ...dan aturan itu di rancang oleh Allah dengan perancangan yang sangat baik ...tiada yang lebih baik dari perancangan dan ketentuan Allah ...

percayalah ...cinta itu urusan tuhan...Dia yang menemukan kita dengan seseorang dan Dia juga yang memisahkan kita sebagai dugaan ...semuanya qada' dan kadar ketentuan yang samada suka atau tidak kita mesti menelannya...yakinlah bahawa setiap ketentuan itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya...redha lah kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita ...hanya Dia yang berhak mengurnia kebahagiaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki ...

belajarlah memahami bahawa cinta itu bukan semestinya harus memiliki ...tapi itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk mencintai dan dicintai ...jika sudah tertulis dia milik kita...terpisah jauh di penjuru dunia manapun akhirnya akan bersama juga...dan yang selalu berada di depan mata pun belum tentu milik kita jika takdirnya dia bukan untuk kita ...kita harus redha dan doakan kebahagiaan buat dirinya walau apa ketentuan dari Nya...bukankah cinta itu juga satu pengorbanan...ketahuilah ketika kita senyum mendoakan kebahagiaan untuk dia ketika itu lah malaikat mencatat pahala dan mendoakan kebahagiaan untuk kita juga...

dan hilang kasih sayang manusia tidak lah begitu menakutkan berbanding hilangnya cinta Allah ...cinta manusia datang dan pergi tapi cinta Dia akan kekal abadi hingga ke alam satu lagi ...alam yang selamanya ada...jangan mencintai makhluk lebih daripada mencintai tuhan yang menciptakan cinta...kerana Dia memberikan kita perasaan agar untuk lebih mencintai Dia...semoga Dia terus memberi kita kasih sayang dan belas kasihan ...

Ya Allah ...sekiranya dia bukan Kau ciptakan untuk bersama aku ...aku mohon kau temukan dia dengan seseorang yang jauh lebih baik dari aku ...amin ....sekian selamat malam ...

"ketika kau sayang dia ...dia pergi kepada yang lain...senyum dan berterima kasih lah kepada tuhan kerana membahagiakan dia...semoga pelangi itu selalu berada di atas kepalanya" --ikuh

Excellence ...

45 comments:

Anonymous said...

aminnn.. :)

Anonymous said...

hmm mmg kalau ckp soal hati perasaan cinta ni smpai bila pun tak habis..
orang yg tk merasa tidak akan faham..mereka hnya tahu menasihati itu dan ini sedangkan yang menanggungnya ?
sedih :(

jehanfrhin said...

cinta itu sesuatu yang kompleks..
dapat dirasa.. tidak dapat dilihat bahkan disentuh~

Unknown said...

sabar ye bro..tabah hadapi segalanya

Anonymous said...

suke kata2 yang terakhir tu
sangat mendalam maksdnye
tersentuh di hati >_<

Unknown said...

cinta sesama manusia tidak kekal lama. Cintalah mereka kerana Allah, itu yg sempurna

CikTeddyCorner said...

speechless -,-

ZaroL said...

Pengalaman dan kenangan yg sedih...yang bahagia. Aku pun redha je. mgkin ada hikmah sebalik semua tu lan.

mama ikhwan & Ikha said...

yup.. cinta manusia ni berubah.. event dah bertunang ,berkahwin.. ia tidak kekal... yg kekal hanya cinta pada ALLAH.. hanya Dia yg akan terus setia menyintai kita...

Cikgu Jaja™ said...

serahkan bulat2 segala urusan kpd Sang Pemilik..

Anonymous said...

aminn . mudah mudahhan . sesungguhnya Allah dah tentukan jodoh kita dengan sebaex mungkin . :)

Korn Ahmad said...

dalam nya maksud...

Unknown said...

trlalu sedih apabila mahu memisahkan diri dari sesuatu yg sudah sebati dalam diri..apa yg boleh fiza buat hnya terus brdoa pd Allah swt utk kuatkan semangat. itu yg trbaik.

anamizu said...

semoga ujian itu bakal menghadiahkan sebuah keindahan :)








luv,
anamizu

Anonymous said...

amin! smoga success selalu!

Nur Najwa Bt Ibnu Pajar said...

jodoh tu rahsia Allah.

Mugmerah said...

cinta tu cakap senang, amalinya susah..

Jenny Pa-un said...

Never be sad for what is over, just be glad that it was once yours.

:) people comes and o in our life.. :)

Diari Si Froggie said...

sangat perit jika kecewa dalam cinta manusia.. cinta Allah juga yang maha agung :)

Zierwa Zainal said...

amin... aja2 fighting..

ezyra taharin said...

ske ayt y last uwh..
:)
kte patut tumpang hapy,sekurang2nye dia tsenyum gan owg y dia syg kan..?

Arra Ahmad said...

biar dia pergi..
cinta yang tak pernah kekal..
cinta kepada Allah yang kekal abadi

Zaza Iman said...

sungguh menyentuh hati =)

Annie said...

jodoh ditangan tuhan

Unknown said...

Allah yang menentukan segalanya..jgn pernah kecewa kalau kita sering gagal dlm percintaan dgn manusia..tapi penuhi lah hati dengan cinta Allah yang jauh lebih indah kerana pasti kita tak kan pernah kecewa..=D

Unknown said...

jodoh itu rahsia DIA yang ESA :D begitu juga dengan ajal..

Unknown said...

jodoh itu rahsia DIA yang ESA :D begitu juga dengan ajal..

C i k P i p i T e m b a m said...

realiti cinta adalah abadi , meskipun cinta itu bukanlah sesama manusia...

Shawn Razaleigh said...

cinta itu satu anugerah

tirahzairi said...

yes....cinta tak harus memiliki :(

Unknown said...

patah tumbuh hilang berganti.. :|

Anonymous said...

malas nk bercinta

Cendol said...

nice entry ! suke ayat ni
"belajarlah memahami bahawa cinta itu bukan semestinya harus memiliki ...tapi itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk mencintai dan dicintai.."

Unknown said...

cinta Allah cinta hakiki

Nurrul Hazieqah said...

Cinta manusia genggam ditangan.. cinta kepada Allah simpan di hati...

kerana cinta Allah adalah cinta yg hakiki ! :)

Zul De Alexis said...

jika dia bukan jodoh untuk kita x salah jika kita mendoakn kebahagiaan untuknya..kerana itu lebih baek untuk kebahagiannya..

Muttallif said...

Sentiasa bersyukur dengan apa segala yang ada dan dugaan Maha Esa. Sentiasa bersabar.

Unknown said...

semoga hati kamu juga sentiasa baik.. insyaAllah.. :)

Cikgu Ma said...

moga zaman single ku berakhir 2012 ni...

Muhamad Azam said...

AMIN!

shedameor said...

jodoh itu rahsia Allah :)

Liyana Rahim said...

entry yg menyentuh hati..

mamapp said...

itulah yg sebaiknye.. serahkan segalanya di tangan allah

Aimacomel said...

cinta.. doa ku semoga semuanya bahagia.. cinta kerana Allah

Annie said...

.tabahkan hati, hadapilah dgn tenang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...