Friday 30 March 2012

Earth Hour ! Jom matikan lampu ...

Assalamualaikum...

selamat malam dunia ...kempen Earth Hour datang lagi sempena sambutan Hari Bumi ...kempen ini berjalan di seluruh dunia yang mana bandaraya2 utama akan mematikan lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan kepada kempen selamatkan alam sekitar dan kesedaran mengenai isu pemanasan global ...kempen ini berlangsung pada 31 mac 2012 bermula 8.30 malam ...


Bumi juga makhluk Allah yang bernafas seperti kita ...dia hidup dan sedang memerhati apa yang sedang kita buat ke atasnya...ketika kita melakukan bermacam macam perkara yang merosakkan jasad serta menyakiti hatinya ...dia hanya mampu menahan kesakitan itu...kalaulah dia boleh berkata kata agaknya dia akan mengeluh '' wahai manusia ...aku rasa terhina kau di jadikan dari aku sedangkan kau yang paling banyak membuat kerosakan di atas ku...mungkin kau lupa yang satu hari kau akan ku telan ke dalam perut ku "...

kita bukan mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita...tetapi kita sekadar meminjamnya daripada anak cucu kita...bersamalah kita menjaga bumi yang kita pinjam ini kerana dia bukan milik kita sepenuhnya...hargailah bumi ini untuk masa depan yang lebih baik...berterima kasih lah kepada tuhan yang mencipta bumi ini sebagai tempat kita menumpang hidup ...jangan dan berhenti melakukan sesuatu yang menyebabkan dia tidak selamat lagi untuk di diami oleh generasi kita akan datang ...

sayangi Bumi kita ...jom matikan lampu selama satu jam ...sekian ...

Excellence ..

27 comments:

ZaroL said...

Mari kita sayangi bumi yang satu satu nya planet kita diami ~!

Yuyu Ali said...

ayuh kita :)

Kina said...

jom,..^_^

AimiiiLove said...

wow,nice!i almost forgot about this alert.hehe keep up! <3 let's support this campaign :)

Maria Ozawa said...

Support! :D

Btw, Bumi batuk hari Khamis harituh, then gegaran dia sampai ke tempat aku boleh rasa. Scary! :O

Ain Norainsyah said...

Marilah kita menjaga bumi kita... tapi, earth hour tu, sebenarnya ada jugak disadvantages. Contohnya, sambutannya pun dah makan banyak electrical energy. Dan kita jimatkan eletrik dalam sejam tu je, lepas tu kita dah lupa nak apply hari-hari. :)

Anonymous said...

jom2 sama2 mbantu bumi yg banyak bjasa :)

Azwa Mohamad said...

pernah dengar yang earth hour ni tak elok disambut, tapi kebenarannya entahlah... takpe, yang penting niat kita untuk menyelamatkan bumi :)

Lea Isnawi said...

malam ni bergelapan..jom :)

Anonymous said...

jom2 kita sokong n sayang bumi Allah :D

syuxer said...

aku rasa tak ikuti ni coz aku nak layan bola nanti hehe..sepatutnya yang kena ikuti aktiviti tersebut adalah syarikat2 besar..cam kita rakyat marhaein sikit je impaknya..hehe

Liyana Azhar said...

jom2.. selamat bumi sme2 :)

http://liyanazhar9392.blogspot.com/2012/03/earth-hour.html

Unknown said...

jom2! tak sampai setengah jam je lagi. wewewee

Unknown said...

5 minit lagi!!!!

Mawardi yunus said...

bagus2.. like it

zafira othman. said...

tak sempat nak berpadam lampu, masa tu ada atas bas, nyampah betul -.-

Koding said...

Salam... Pengurangan pembakaran bahan api fosil akan mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida ...

Nadratul Syazwana said...

Nad tag awok :)

Just Mini Love said...

jom2.. hee... same2 kite menjaga bumi kita..

Just Mini Love said...

jom2... mari kite selmat kn bumi...;)

✿INA AINAA✿ said...

Huaaa ena lupa nak.buat!!! Oohhh tidakkkk!!! ="=

naiemah_ramli said...

jom2...errkk..masih blom terlambat lagi kan .. ^_^

miranadia said...

terlupa..bila sedar earth hour..dah 925 pm

Anonymous said...

dh join.. 8.30pm- 10.30pm..
seronok..

Sarah Mnasir said...

tutup ka lmpu aritu ? :P

aindzaya said...

mmg la matikan lmpu..tp econ, tb, kipas bukak lagi...haiyaaa~

"Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih.".

Potia Casadelarossa said...

ni perkara yg aku lakukan tiap kali ada earth hour...aku tutup lampu dan aku berdiri kat tingkap memandang ke KLCC ... aku pandang sekitar kawasan aku... semua x peduli pasal ni...aku aku kecewa lagi kali ni... ramai yg x pedulikan semua ni..tak kurang yg x tahu langsung...atau buat2 x tau... bertapa daifnya manusia dan kejam.. x blh langsung memanjakan dimana tempat beliau berpijak menikmati kemewahan hidup... aku kecewa... terus terang aku katakan aku mengalirkan air mata time tu...
bodo aku time tu sbb aku jek yg padam lampu...mungkin tu jek ungkapan diorg yg tau aku padam lampu krn earth hour...hakakahk tacing plak aku pagi2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...