Friday, 12 August 2011

Tidak semua langit berwarna biru .

Assalamualaikum .


satu petang duduk bersidai di pantai sambil memandang ke langit biru ...indahnya ... aku perhatikan tompokan awan putih berarak perlahan ...kelihatan ada sekawan burung terbang membelah angin ...ternampak juga sebuah kapal terbang melintas ...di kala layang layang bebudak itu trs melayang layang liar...tiba2 pulak muncul si pelangi berlainan warna...aduh cantiknya... panorama ciptaan tuhan memang begitu sempurna ...begitu menenangkan ...dan begitu mendamaikan ...tiada tandingnya ...xdapat ku lukiskan dgn kata-kata keindahan itu...aku kagum dgn kebesaran MU tuhan ....

namun bila aku tunduk ke bawah memandang pasir...melihat dunia...merenung kehidupan ..memerhati manusia....terdetik dihati ...mengapa kita xsama ...mengapa nasib kita berbeza -beza ...ketika ada yang sedang gembira ...ada pula yang menderita ...ketika ada yang ketawa ...ada pula yang menangis ...sedangkan kita menghirup udara yang sama ...berkongsi dunia dan langit yang sama ...adilkah ini tuhan ?

Allah itu adil ...maha adil ...di beri senyuman ...tapi xsempurna tanpa airmata ...di situlah nikmat kehidupan di rasai ...mana mungkin hidup ini sepanjang masa hanya mendengar hilai ketawa ...dan tidak pula sepanjang masa menitiskan air mata ..ia bersilih ganti ...datang dan pergi...langit juga adakala berubah menjadi hitam kelam gelap yang begitu mengerunkan ... hadir bersama awan kelabu dan dentuman petir ...namun selepas itu ia akan kembali menjadi biru ...hukum alam dan hukum kehidupan adalah sama ...

sebenarnya itulah lumrah kehidupan ...destinasi sementara di mana nasibnya kita sendiri tentukan  ...ia berubah mengikut sejauh mana kita berani mengubahnnya ...kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya ...semuanya adalah ujian dari Allah ...di berinya keperitan supaya kita bersabar dan mengharapkan pertolongan dariNYa ...apabila menoleh kebelakang...masih ramai yang lebih menderita daripada kita....bersyukur dgn apa yang kita ada...diberikan kesenangan supaya kita lebih bersyukur dan beriman kepada Nya... namun berhati hati lah...kerana mengejar kesenangan itu tidak akan pernah memuaskan hati selagi kita tidak mengenal siapa yang memberinya ...

semuanya adalah ketentuan...suratan takdir ...dan qadak dan qadar Allah ....kita sebagai hamba hanya di beri hak utk terus belajar dan berusaha mengubah hidup ...keputusannya milik Allah ...redha dan jangan sesekali berhenti berharap kerana harapan itu sentiasa akan ada ...terus berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan ...terus belajar kerana ilmu itu pelita hidup ...dan terus berdoa kerana doa itu kunci segala pintu harapan .... 

berjalan lah di atas pentas hidup ini dgn berani kerana tanpa keberanian mimpi x akan menjadi kenyataan ...

sekian ...selamat berpuasa utk hari ke 12 ...semoga kita beroleh kemenangan ...insaallah .

Excellence!

38 comments:

Karya Hati said...

bersyukur..selagi belum dpt apa yang
dikehendaki terus berusaha..moga impian lan tercapai...amin...

budakijaupendek said...

syahdu ~

Fathiah Hamim said...

kita kena terus berusaha, usaha tangga kejayaan. hehe

nia said...

moga kita sentiasa peliharakan diri dengan bersyukur

SITI ARFAH said...

Entri yg trsgt menarik.^^ Alhmdulillh diri ini dan kita smua masih brksemptn mnghayati alam ciptaan Allah dan masih boleh trus mnjalani ibdah puasa. Bersyukur,alhmdulillh. :)

shafiqahkay said...

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan

Lea Isnawi said...

nice entri

betul2..kite harus bersyukur dgn nikmat Allah

selamat hari jumaat! =)

kotak bulat said...

berjalan lah di atas pentas hidup ini dgn berani kerana tanpa keberanian mimpi x akan menjadi kenyataan

kb suka ayat ni.. :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

entri yang bagus ye .

bersyukur lah dengan nikmat yang diberi

:)

K said...

bersyukurlah, jangan lupa asal usul mu :)

http://platunkhaz.blogspot.com/2011/08/plan-no-449-follow-you-follow-me-back.html

Unknown said...

wah title entry ni lebih kurang sama dgn title blog azurie "d'langit biru ku lihat pelangi" hehe..

Allah tu mmg sangat adil dia kasi kesedihan dan kegembiraan..one more thing is air mata pun ajaib sbb bila kita sedih kita menangis..bila kita happy pun kita menangis..

Cik Diana said...

bersyukur dan mensyukuri... ;)

Cik Caah said...

bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udara,melihat ciptaan Allah :)

Anonymous said...

bersyukr dgn apa yg kta dh ada
n brusaha utk mmprbaikinya..

Hurun Akita @ Ciktika said...

sweet!

harrazdani said...

toucing....;( semoga hari yg mendatang lebih baik dari sebelumnya....nice entry bro

alyachan said...

wahh...best..terasa jugak.. ;')

~Queen Q~ said...

tak semua awan warna putih.

Abe Goreng said...

Semoge kita selallu mdpt keberkatan dariNya.Amin.

Watak Kartun Di zombi Kg.Pisang Kan!!!

Unknown said...

jika tak dapat apa yg kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang ada..*_*

Allah sentiasa mengetahui apa yg terbaik utk hambanya..

Orang Kita said...

insyaallah~~

Iefa Ujang said...

syukur atas segala nikmat tuhan :)

Rie Yan Khalid said...

insyaAllah :)

nurulasyikin said...

rasa tenang baca entry ni. terima kasih cik hatiku baik. menyedarkan tentang kekuasaan Allah.

Anonymous said...

excellence! nice entry..so touching..

Unknown said...

nice entry

Nuff4u said...

singgah sini

lyn said...

bestnyer..^_^

Unknown said...

sentiase mengejar peluang itu dan jangan mengabaikan nyer !

Shida Radzuan said...

kalau nk tgk hari2 tiap saat biru mai blog shida :)

Anonymous said...

kdg2 berwarna kelabu.
;)

Unknown said...

warna warni kehidupan..

http://nothingzorro.blogspot.com/2011/06/hidup-penuh-warna-warni.html

nadia fatihah said...

hidup umpara roda..kejap atas kejap bawah, kejap gembira kejap sedih. adil la tu kan. :)

dill said...

suka sangat baca post ni :)

dill.

afayufu said...

langit tk selalunya cerah... begitu jua dgn nasib manusia.. ada mcm3...

alfsfr.ali said...

nice!

renungan bersama..

Anonymous said...

tanpa keberanian mimpi x bermakna.
doa kunci segala pintu harapan.
^^^^^

menyentuh jiwa.

Lieza Nordin said...

selalu bersyukur dgn nikmt y diberikan dn jangan selalu mengeluh dgn ujian y di berikan... ada hikmah di sebalik apa y terjadi... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...