Saturday, 9 July 2011

tsunami Kuning 2.0 melanda Kuala Lumpur .

assalamualaikum .


hari ini sabtu 9 julai ...semua orang tahu rasa tentang ini...hari yang di hebohkan akan berlaku perarakan tentera kuning di KL...hari di jangka tsunami kuning berlaku sekali lagi membaham KL selepas 2007 ...akhirnya berlaku juga walaupun pelbagai kekangan di buat oleh pihak penguasa...aku tengok lam tv tadi ramai betul yang berarak menuju stadiun merdeka ...harap2 xde apa2 yang buruk berlaku ...harap berjalan dgn aman ...kedua dua pihak adalah orang kita ...malaysians...bezanya mereka berlainan pendapat...pandangan...fahaman dan idealogi ...mmm ...nak cerita pun susah...tapi sebagai warganegara yang memiliki ic malaysia ...aku juga berhak memberi pandangan ...soal korang setuju atau x ...terpulang ...

kepada kawan2 yang turut serta dalam perhimpunan hari ni ...aku hormati hak korang ...tapi kalau berlaku sesuatu yang x di ingini korang wajib bertanggungjawab ...kerana perhimpunan yang korang pergi tu haram di sisi undang2...so ..berhimpun lah dgn aman ...Peace !



aku setuju kalau semuanya berlaku secara aman dan selamat ...xde huru hara...tapi siapa blh pastikan ia berlaku secara aman ...kita ada hak memperjuangkan sesuatu yang kita rasa hak kita ...namun kita kena ingat dalam hak kita ada juga hak org lain ...kau nak pasang kaset mengaji kuat2 dalam rumah kau xde masalah bro ...tapi kalu sampai dah menggangu jiran kau tido...itu dah di kira salah ...kau telah langgar hak dia ...itu aku xsetuju sama skali ...kau baca alfatihah kuat2 hingga menyebabkan member sebelah x kusyuk sembahyang ..tu pun xdilarang ...ni kan pula melibatkan soal keselamatan negara ...kalau kau rasa negara ini sudah x selamat ...kemudian kau nak mengubahnya dgn cara mengugat keselamatannya ...itu aku tdk setuju...kerana tujuan yang baik belum tentu menimbulkan suasana yang baik jika di lakukan dgn tindakan yang kurang baik...matlamat x menghalalkan cara ...

kita blh berbeza pendapat ...kerana kita memang berbeza ...tapi cuba cari  titik persamaan dlm suasana paling aman ...itu terbaik ...jangan lah kerana perbezaan itu kita bermusuhan sesama kita ...tuhan x akan memandang golongan yang berpecah belah .

aku yakin semua org cintakan keamanan....kecuali spesis manusia yang sifat azalinya masih menebal ...iaitu makhluk yang suka membuat kerosakan ...bersyukur lah dgn nikmat keamanan ini ...ia tidak datangg dgn mudah ...lupakah selama 400 tahun nenek moyang kita di pijak dan di hina ...bersama kita berganding bahu mempertahankan nya ...mencapainya tidak mudah ....dan mempertahankan nya lebih susah...bersyukur lah selagi ia di beri .

ini pegangan peribadi aku ...aku x menyokong mana2 kumpulan dan individu yang melanggar hak orang lain serta menimbulkan kesusahan kpd org lain ...bukan kerana warna kuning ...warna merah...warna hitam ...atau warna apa sahaja ...tapi kerana tindakan2 yang bakal di lakukan ...


kita mungkin berlainan warna ...namun tiada perbezaan antara kita...kerana kita menghirup udara yang sama ...berkongsi langit dan tanah yang sama ...semoga kasih sayang antara kita terus berkekalan...

Ya Allah ...Kau jauhkan negaraku ini daripada anasir tidak baik ...kemusnahan dan malapetaka...semoga nikmat keamanan yang telah kau berikan ini berkekalan ....insaallah .

sekali lagi kepada kawan2 yang turut serta dalam perhimpunan hari ni ...aku hormati hak korang ...tapi kalau berlaku sesuatu yang x di ingini korang wajib bertanggungjawab ...so ..berhimpun lah dgn aman ...Peace !

utk perkembangan terkini KLIK SINI DAN SINI .

sekian ..terima kasih kerana sudi membaca ...sila bagi pandangan dan kritikan ...

Excellence

14 comments:

Online Shop said...

tengok dah lihat je..huuhuh

misyamissyou said...

masalahnye diorg ni xdela nak berhimpun secara aman pun.. =.= hurm...

reenapple said...

tak pernah suka kuning..hahah

Admin said...

Tak faham.

CXopportunities said...

sekali lagi kepada kawan2 yang turut serta dalam perhimpunan hari ni ...aku hormati hak korang ...tapi kalau berlaku sesuatu yang x di ingini korang wajib bertanggungjawab ...so ..berhimpun lah dgn aman ...Peace ! - thumbs up blogger! =)

Nurammarlinanasir said...

sedeyh dengan keadaan negara yang tak aman.
Dulu asyik kite je yang tgk negara orang bgaduh. For example thailand. Tapi sekaarang? OMG (!)
tak sangk benda ni sendiri yang jadi kat negara kita,Sangat memalukan .Dan tahniah untuk mereka2 yang brjaya menjatuhkan Imej Negara! (!) HARAP APE YANG ANDA BUAT DAPAT PUASKAN HATI ANDA.yang penting sekali IHATEYELLOW :)

missteeha the babling girl said...

nice post !

Azwa Mohamad said...

sedih tengok keadaan negara kita, takkan nak sambut merdeka dalam keadaan macam ni

Unknown said...

ape ptt buat kalau nk join perhimpunan haram?

http://ikhmalyusoff.blogspot.com/2011/07/bersih-20the-dos-donts.html

check it out

Jajas said...

benda dh berlaku bro...tuntutan bersih ni perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dengan serius...aku setuju apa yg bersih tuntut tp aku xsetuju apa yg diorg buat...

Unknown said...

kalau ada pihak yang buat demonstrasi jalanan pasti ada hura hara.. tipu jek lah buat secara aman.

jom klik sini..
akta 15 perlembagaan pekerja sosial
women=problem
jangan lupa komen ea.. ^_^

Unknown said...

betul tu . bukan tak nak hormat tapi kalau dah menyebabkan kacau bilau , menyusahkan orang ramai tak guna jugak . kena sama2 fikirlah ..

Siti Aziz said...

tak tau nak kata ape...hu3..

afzalsukasuki said...

betol bro.aku sokong dengan apa yang ko cakapkan.bila buat perhimpunan macamni,walaupun niat mereka baik sekalipun..siapa boleh bagi jaminan yang tiada kerosakan akan berlaku?paling tidak pun nama baik Malaysia tercalar.nak tiru reformis dari negara2 luar..kononnya nak tegakkan kebenaran.sekarang apa dah berlaku?negara2 besar yg len mula campur tangan.aku taknak benda tu berlaku.aku rasa apa yang aku nikmati sekarang dah cukup baik dan aku harap anak cucu aku pun sempat merasakan nikmat keamanan yang ada sekarang.Sudah2la..walaupun kita berlainan pendapat..berfikir panjang la.korang akan menyesal kemudian hari nanti.ini juga cuma pendapat aku yang ikhlas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...