Tuesday 5 July 2011

aku ingin menangis bukan kerana putus cinta .

Assalamualaikum ...

bolehkah aku menangis ? jawapan dia mesti la boleh ...apa gunanya di ciptakan airmata kalau tak di keluarkan ...aku percaya semua org pernah menangis...tapi utk apa kita menitiskan airmata itu ...kita mudah menitiskan airmata kalau tengok drama melayu lakonan rosyam nor ...airmata mengalir tanpa sedar kalau tengok kisah cinta shahrukh khan dgn kajol dalam kuch kuch hotai hai ...haha ...kalau jatuh tangga pun boleh menangis tau... normal la tu menangis kerana sakit...kambing kena curi pun kita menangis ...huhu ...kalau putus cinta mesti kena menangis ke ...hehehe...aku xtahu la ...sebab aku mmg xpernah nangis kerna itu ...muahhaha ...hati batu ...hehehe ...kalau korang nak menangis pun xpe ...tapi sikit2 dah la erk ...sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya ...kadang2 apa yang kita rasa milik kita tu bkn milik kita ...redha k .



alangkah indah dan baiknya kalau aku boleh menangis bila mengenangkan dosa2 aku yang lalu dan aku menyesalinya  ...menangis bila melihat wajah tua kedua ibubapa ku yang x jemu2 mendoakan yang terbaik buatku ...menangis bila melihat dunia sementara yang telah banyak aku sia sia kan...menangis bila mengenangkan begitu banyak rahmat tuhan tapi aku kurang bersyukur kepadaNya  ...menangis bila melihat saudaraku di timpa malapetaka dan aku x berupaya membantunya ...menangis bila aku tak berupaya memperbaiki diri menjadi lebih baik ...menangis bila Allah kurniakn aku sesuatu yang mengembirakn hatiku ...menangis bila Allah menunjukkan aku jalan ketika aku sudah hilang arah ....

dan paling indah kalau aku boleh menangis kerana takutkan Allah ...kerana hanya tangisan itu yang dapat menyelamatkan aku di alam sana ...semoga Kau ampunkan dosa2 ku ya Allah ...sesungguhnya aku hamba mu yang lemah dan hina ...Kau permudahkanlah hidup ku ini tuhan ...amin .

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

jika aku xmampu menangis kerana takutkan Allah ...aku sangat berharap agar aku dapat menangis kerana ketidakmampuan itu ...

sekian ...Allahualam ....terima kasih kerana sudi membaca ...

Excellence

22 comments:

themalin said...

tertarik dgn post ni. ^_^

Hani said...

love this entry. Menangis kerana Allah lebih bermakna. :)

Unknown said...

tiada salahnya lelaki menangis..kerana lelaki juga punya perasaan..^_^

Karya Hati said...

lelaki menangis buatkan cha jd sebak...

myhatiku said...

menangis bukannya lemah..sedangkan waktu kite lahir lagi,menangis menunjukkan kite hidup..:)

Xx said...

*terharu*

kotak bulat said...

suka entri ni..
:)

Elie Lily said...

tak jatuh pun ego lelaki kalau menangis kan? :)

Gadis Acoustic's said...

Menarik

munirasedek said...

niat yg baik tu jgn ditangguhkan :)
nnti menangis xsudah

afzalsukasuki said...

btol tu bro.ia terjadi sendiri bila kita sendirian..mengenangkan betapa bnyak dosa yang kita pernah lakukan dan mengenangkan yang Allah masih sudi terima taubat kita. Allah Maha Pemurah..cuma kita je yang terlalu alpa dan buta dengan sifat Pengasihani Allah yang sebesar2 rahmat itu

FidDa said...

alhmdlh..entry y penuh pengisian..terlalu byk dosa y kite semua buatkan..subhanaalh

Azwa Mohamad said...

terharu bila baca entri ni, :D

Unknown said...

ending yang bagus! thumbs up!

ika said...

really nice entry la! sngt mengharukan...

Misz Sayur said...

like! ^_^

SITI ARFAH said...

Perkongsian menarik. :)

Anonymous said...

nak ikut lah nanges..sob sob sob..berbaloi menangis sbb Allah dari menangis sbb kapel tnggalkn..

cik ungu said...

..Allah cipta air mata bukan sia-sia.

Saddila said...

menangis buat kita tenang :)

Unknown said...

baguslah entry ni :))

AnakPakZohar said...

menangis lah.. menangis lahhh... menangisss lahhh... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...