Wednesday 6 July 2011

selamat hari peneroka buat ayah .

Assalamualaikum ...

ayahku seorang peneroka ...peneroka felda .

aku masih ingat betapa bersoraknya hati mu bila menerima surat tawaran itu ...seolah2 sperti anakmu menerima surat tawaran universiti... kau masih ketawa walaupun terpaksa berpindah ke pinggir hutan terpencil dan di beri rumah kecil yang masih belum ada bekalan elektrik ketika itu ...selama 2 bulan mengunakan pelita ayam utk menerangi malam ...kau masih tersenyum melihat seribu kekurangan dan cabaran di sekeliling mu ...namun kerana kau telah bertekad dan berazam utk memulakan satu fasa penghidupan baru...kau trskan langkah tanpa menoleh ke belakang lagi...aku masih ingat tv pertama yang kau beli hanya selepas 4 tahun kau membanting tulang di situ ...alhamdullilah dari situ hidup baru telah bermula .


kau buat aku kagum dgn semangatmu ...mungkin bagimu itu adalah pilihan terbaik ...dgn hanya sekolah  tamat darjah 4 kau tdk pernah bermimpi utk menjadi walau sbg seorang kerani cabuk...apatah lagi doktor atau peguam ...bukan kerana kau bodoh ...hanya peluang dan nasib tidak memihak kpd mu ...kau redha ...kehidupan adalah sekolah mu yang sebenar ...bagi aku kau berjaya dlm sekolah kehidupan sebenar ...kau telah melalui segala ujian setabah mungkin ...syabas ayah .

kau buat aku bangga dgn ketabahanmu ...dari keringat mu aku masih menapak hari ini ...dari peluh mu aku dibesarkan dan disekolahkan ...walaupun aku lbh banyak menghabiskan zaman kanak2 ku di asrama dan di rumah nenek...aku tahu betapa kau begitu mengambil berat tentang ku ...dan hari paling gembira adalah apabila kau hadir pada majlis konvokesyen ku itu ...terima kasih ayah .

hari ini 7 julai ...Hari Peneroka ke 55 ...hari memperingati jasa...sumbangan dan pengorbanan mu ...tahniah ku ucapkan kepada mu krn bukan sahaja berjaya membela nasib diri dan keluargamu...tapi kau juga adalah penyumbang kepada pembangunan negara ...tahniah ayah .

semoga kau terus di panjangkan umur dan di beri kesihatan yang baik ...pesanan aku ...xyah lah keje kuat2 lagi k...byk kan rehat ...layan astro oasis ke kat umah...haha...tapi aku lali dgn sikapmu yang degil macam aku ..kih kih ...kau masih lagi perasan dirimu masih gagah seperti dulu ..kalau xmenjenguk kerbau kesayanganmu sehari kau seperti kucing kehilangan anak ...xsenang duduk ...mmm ...buatlah apa saja yang mengembirakan hatimu ayah ...aku cuma mahu  melihat senyuman terus terukir di bibirmu ...aku sayang kau .

aku ambik kesempatan kat ruang kecil ni dedikasikan ucapan selamat menyambut Hari Peneroka kpd encik tahir bin ngah dan puan maimunah binti draman serta seluruh warga peneroka felda kat malaysia  ...felda hanya ada satu sahaja di dunia ..dgn ucapan semoga terus maju ...terus makmur ...terus bahagia ...tema tahun ni Melestarikan Kesejahteraan Peneroka .

aku bangga di lahirkan sebagai anak felda ...dari situ aku belajar erti perjuangan hidup .

sekian ...terima kasih krn sudi membaca..

Excellence

27 comments:

CikYana(",) said...

Selamat hari peneroka ayah

:))

Anonymous said...

selamat hari peneroka.. :)

meriah jengka hari ni.. :)

*bangga PM datang singgah uitm pahang*

Azwa Mohamad said...

selamat hari peneroka buat To'ki saya.... :)

aishareoils said...

yep..saye bangga jd anak felda!

Misz Sayur said...

ohh! mereka sgt gigih...selamat hari peneroka...:)

Anonymous said...

oh hari peneroka ye. walaupun sy bkn anak felda tp cucu felda*ngeh2 nk jgk*. ade rase sket2. heee

Rain said...

entry penuh perasaan..kasih anak buat seorang ayah..

iyan shazlind said...

wah pasti tersentuh hati seorang ayah kalau baca ni..teruskan melayan baik ayah & ibu selagi mereka masih disisi kita..:)

Unknown said...

semua orang boleh berjaya . tiada terkecuali . asalkan ada usaha , dan nasib menyebelahi :)

uh ! Tia tak tau hari ni hari peneroka . btw , Selamat Hari Peneroka :)

Karya Hati said...

selamta hari peneroka ayah :)

amni azmira said...

kasih ayah tak ternilai..hargailah ayah kita sementara masih ade..

sue said...

wahhhhhhhhh selamat hari peneroke tok mak saye hehehehehehe..bangge jadi anak felda

themalin said...

wah penulisan kamu baik. mesti ayah kamu tersentuh kalau bc.. :) selamat hari peneroka buat ayah kamu ^_^

Greeny said...

sy pun anak peneroka juga, cuma~ abah sudah tiada untuk menyambutnya

Shah Rizar said...

sy anak peneroka gak.. felda chiku 03

Unknown said...

selamat hari peneroka buat ayah hatiku baik..mesti ayah terharu kalau dia baca entry ni..*_*

Murni Hidayu said...

^__^ anak yg baik~

~Sal Ismail~ said...

Abah sy pun peneroka felda..dah pencen..sgt byk kenangan zaman kecil sbg anak peneroka felda..kenangan best pastinya~ =)

syera said...

selamat hari peneroka!

membesar di felda jugak....=)

nur farahin binti sulaiman said...

selamat hari peneroka wat ayah kamu.. jadilah setabah dya ye..=)

Acik said...

yeah, selamat hari peneroka!

semutsengal said...

hati kau mmg baik ;)



LALLALALALAAA

shedameor said...

felda mne ?

Siti Safiyyah said...

teringat kat abah ss.. dia dulu tak penah merasa skola rendah. tapi alhamdulillah skang dah berjaya. oh ye, selamat hari peneroka (walaupon dah terlambat hehe)

Cik Ungu Kamila said...

selamat hari peneroka, anak peneroka ! :D

Echa said...

entri ni menyentuh jiwa..hehe..
Selamat hari Peneroka ~ :D

Unknown said...

go go org felda! slmat hri peneroka yaw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...