ayahku seorang peneroka ...peneroka felda .
aku masih ingat betapa bersoraknya hati mu bila menerima surat tawaran itu ...seolah2 sperti anakmu menerima surat tawaran universiti... kau masih ketawa walaupun terpaksa berpindah ke pinggir hutan terpencil dan di beri rumah kecil yang masih belum ada bekalan elektrik ketika itu ...selama 2 bulan mengunakan pelita ayam utk menerangi malam ...kau masih tersenyum melihat seribu kekurangan dan cabaran di sekeliling mu ...namun kerana kau telah bertekad dan berazam utk memulakan satu fasa penghidupan baru...kau trskan langkah tanpa menoleh ke belakang lagi...aku masih ingat tv pertama yang kau beli hanya selepas 4 tahun kau membanting tulang di situ ...alhamdullilah dari situ hidup baru telah bermula .
kau buat aku kagum dgn semangatmu ...mungkin bagimu itu adalah pilihan terbaik ...dgn hanya sekolah tamat darjah 4 kau tdk pernah bermimpi utk menjadi walau sbg seorang kerani cabuk...apatah lagi doktor atau peguam ...bukan kerana kau bodoh ...hanya peluang dan nasib tidak memihak kpd mu ...kau redha ...kehidupan adalah sekolah mu yang sebenar ...bagi aku kau berjaya dlm sekolah kehidupan sebenar ...kau telah melalui segala ujian setabah mungkin ...syabas ayah .
kau buat aku bangga dgn ketabahanmu ...dari keringat mu aku masih menapak hari ini ...dari peluh mu aku dibesarkan dan disekolahkan ...walaupun aku lbh banyak menghabiskan zaman kanak2 ku di asrama dan di rumah nenek...aku tahu betapa kau begitu mengambil berat tentang ku ...dan hari paling gembira adalah apabila kau hadir pada majlis konvokesyen ku itu ...terima kasih ayah .
hari ini 7 julai ...Hari Peneroka ke 55 ...hari memperingati jasa...sumbangan dan pengorbanan mu ...tahniah ku ucapkan kepada mu krn bukan sahaja berjaya membela nasib diri dan keluargamu...tapi kau juga adalah penyumbang kepada pembangunan negara ...tahniah ayah .
semoga kau terus di panjangkan umur dan di beri kesihatan yang baik ...pesanan aku ...xyah lah keje kuat2 lagi k...byk kan rehat ...layan astro oasis ke kat umah...haha...tapi aku lali dgn sikapmu yang degil macam aku ..kih kih ...kau masih lagi perasan dirimu masih gagah seperti dulu ..kalau xmenjenguk kerbau kesayanganmu sehari kau seperti kucing kehilangan anak ...xsenang duduk ...mmm ...buatlah apa saja yang mengembirakan hatimu ayah ...aku cuma mahu melihat senyuman terus terukir di bibirmu ...aku sayang kau .
aku ambik kesempatan kat ruang kecil ni dedikasikan ucapan selamat menyambut Hari Peneroka kpd encik tahir bin ngah dan puan maimunah binti draman serta seluruh warga peneroka felda kat malaysia ...felda hanya ada satu sahaja di dunia ..dgn ucapan semoga terus maju ...terus makmur ...terus bahagia ...tema tahun ni Melestarikan Kesejahteraan Peneroka .
aku bangga di lahirkan sebagai anak felda ...dari situ aku belajar erti perjuangan hidup .
sekian ...terima kasih krn sudi membaca..
Excellence
26 comments:
Selamat hari peneroka ayah
:))
selamat hari peneroka.. :)
meriah jengka hari ni.. :)
*bangga PM datang singgah uitm pahang*
selamat hari peneroka buat To'ki saya.... :)
yep..saye bangga jd anak felda!
ohh! mereka sgt gigih...selamat hari peneroka...:)
oh hari peneroka ye. walaupun sy bkn anak felda tp cucu felda*ngeh2 nk jgk*. ade rase sket2. heee
entry penuh perasaan..kasih anak buat seorang ayah..
wah pasti tersentuh hati seorang ayah kalau baca ni..teruskan melayan baik ayah & ibu selagi mereka masih disisi kita..:)
semua orang boleh berjaya . tiada terkecuali . asalkan ada usaha , dan nasib menyebelahi :)
uh ! Tia tak tau hari ni hari peneroka . btw , Selamat Hari Peneroka :)
selamta hari peneroka ayah :)
kasih ayah tak ternilai..hargailah ayah kita sementara masih ade..
wahhhhhhhhh selamat hari peneroke tok mak saye hehehehehehe..bangge jadi anak felda
wah penulisan kamu baik. mesti ayah kamu tersentuh kalau bc.. :) selamat hari peneroka buat ayah kamu ^_^
sy anak peneroka gak.. felda chiku 03
selamat hari peneroka buat ayah hatiku baik..mesti ayah terharu kalau dia baca entry ni..*_*
^__^ anak yg baik~
Abah sy pun peneroka felda..dah pencen..sgt byk kenangan zaman kecil sbg anak peneroka felda..kenangan best pastinya~ =)
selamat hari peneroka!
membesar di felda jugak....=)
selamat hari peneroka wat ayah kamu.. jadilah setabah dya ye..=)
yeah, selamat hari peneroka!
hati kau mmg baik ;)
LALLALALALAAA
felda mne ?
teringat kat abah ss.. dia dulu tak penah merasa skola rendah. tapi alhamdulillah skang dah berjaya. oh ye, selamat hari peneroka (walaupon dah terlambat hehe)
selamat hari peneroka, anak peneroka ! :D
entri ni menyentuh jiwa..hehe..
Selamat hari Peneroka ~ :D
go go org felda! slmat hri peneroka yaw!
Post a Comment